Rabu, 29 Ogos 2012

Dakwaan Tarif Air Naik Hanyalah Temberang Khalid Gagap

    12:30:00 PTG   No comments


Kalau ye pun nak bohong dan menakutkan rakyat Selangor dengan alasan kadar tarif air akan dinaikan sekiranya loji rawatan air Langat Dua dibina tu agak-agak lah.

Rakyat Selangor bukanya bodoh kecuali peyokong Pakatan Pembangkang sehinggakan boleh ditupu hidup-hidup macam ni oleh Khalid Gagap dan barisan exconya.

Kadar tarif air samada naik atau turun semua itu boleh dibawa berunding. Jika BN dipilih semula oleh rakyat negeri Selangor selepas PRU13 tamat, sudah tentu BN ada jalan penyelesaian yang lebih menguntungkan rakyat terhadap isu air yang berbangkit ini.

Sebelum ini pun, pemimpin BN telah berjanji kepada rakyat Selangor berhubung isu air ini. Jika menang PRU13, air percuma yang dinikmati sebahagian rakyat Selangor akan dikekalkan, malah kepada rakyat Selangor yang ditindas oleh kerajaan negeri Pakatan sekarang di atas sikap pilih bulunya dalam pemberian air percuma kerana menggunakan meter pukal akan diselesaikan dengan menggantikan meter tersebut kepada meter individu.

Rakyat Selangor tak perlu bimbang dengan momokan yang keluar dari mulut Khalid Gagap yang mendakwa tarif air akan naik sekiranya loji rawatan air Langat Dua dibina. Di bawah kepimpinan Dato Sri Najib dengan tema 'Janji Ditepati' seperti mana yang dapat kita lihat hari ini janji-janji kerajaan ditunaikan, ia sudah cukup untuk meberi jaminan kepada rakyat Selangor bahawa nasibnya akan lebih terbela jika BN mentadbir negeri semula.

PUTRAJAYA: Dakwaan kerajaan Selangor kononnya tarif air di negeri itu akan naik sehingga 70 peratus apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, adalah pembohongan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, yang menafikan dakwaan itu menegaskan pembinaan loji tidak ada kaitan dengan kadar tarif air.

Beliau berkata kerajaan Selangor perlu lebih teliti sebelum menyebarkan alasan yang semata-mata untuk bantah pembinaan loji.

“Ia alasan semata-mata untuk menghalang perancangan kerajaan pusat membina loji. Ini adalah antara helah meyakinkan rakyat kononnya pembinaan loji tidak wajar diteruskan," katanya.

Malah beliau membidas tindakan pihak tertentu yang mempolitikkan kenaikan tarif air.

“Kita tidak pernah menyatakan akan berlaku kenaikan tarif air selepas loji siap. Apa yang kita lakukan bertujuan mengelakkan krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2015,” katanya kepada BH.

Baru-baru ini, EXCO Kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar, berkata dasar kerajaan negeri yang tidak mengenakan bayaran untuk 20 meter padu pertama air, tidak boleh diteruskan jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri itu, berkata walaupun kos pembinaan ditanggung kerajaan, sumber pembiayaan adalah daripada Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Sehubungan itu, beliau mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selaku syarikat konsesi tunggal mengagihkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, akan terpaksa menaikkan tarif air.

Chin juga berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan loji yang menelan belanja RM3.744 bilion itu dimulakan tahun ini dan siap sebelum 2015.

Sumber: AntaraPos

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.