Rabu, 29 Ogos 2012

Rakyat Selangor Kena Tipu, Pemberian Air Percuma Bukanlah 'Perjanjian'

    9:34:00 PTG   No comments


Rasa macam nak tergelak apabila membaca kenyataan Khalid Gagap ketika ditemuramah oleh wartawan Mstar berhubung isu pemberian air percuma untuk rakyat Selangor. Dengan selamber dan angkuh, Khalid Gagap menjawab bahawa segala janji yang terkandung dalam menifesto Pakatan Pembangkang sebelum menang PRU12 lepas bukanlah satu 'perjanjian'.

Patutlah di sepanjang empat tahun kerajaan Pakatan mentadbir Selangor, kerajaan negeri dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan segala janjinya. Kalau tiada desakan dibuat terhadap kerajaan negeri, alamatnya mati kempunan lah rakyat Selangor.

Nampaknya, Khalid Gagap sudah terlepas cakap kerana menyatakan segala janji yang tersenarai dalam menifesto pilihanraya Pakatan Pembangkang hanyalah wayang atau umpan untuk memancing undi dan tak lebih dari itu.

Siapa yang mengundi Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya, bakal ditipu hidup-hidup. Cuba kita fikir sejenak, dengan kenyataan Khalid Gagap ini yang mengatakan pemberian air percuma bukan satu perjanjian, tidak mustahil nikmat air percuma yang dinikmati oleh sebahagian rakyat Selangor hari ini, boleh ditarik balik pada bila-bila masa sahaja kerana ia bukan satu perjanjian atau jaminan.

Diharap rakyat Selangor akan lebih terbuka mindanya supaya dapat membuat penilaian yang sewajarnya kepada semua janji-janji yang ditabur Pakatan Pembangkang dalam menifestonya. Dari situ kita akan dapat lihat sejauh mana kemampuan serta kesungguhan kerajaan Pakatan Selangor dalam bab menunaikan janji, sekaligus memberi pengajaran kepada rakyat Selangor agar tidak mengundi Pakatan Pembangkang lagi..

Petikan dari Mstar Online

"Bagi mereka yang tinggal di pangsapuri dan masih menggunakan meter pukal kerajaan negeri tidak boleh membantu dalam isu pemberian air percuma. Itu tanggungjawab Syabas untuk tukar meter air pukal kepada meter persendirian bagi membolehkan semua rakyat Selangor menikmati bekalan air percuma," katanya.

Abdul Khalid turut menjelaskan mereka yang mempunyai meter persendirian sejak 2008 akan menerima air percuma.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan negeri akan membayar air percuma kepada penduduk yang tidak mendapat air percuma seperti didakwa Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Ketika ditanya sekiranya penduduk mengambil tindakan undang-undang, beliau ringkas menjawab 'silakan'.

Malah beliau turut berkata bahawa manifesto Pakatan untuk memberi air percuma kepada rakyat Selangor bukanlah satu perjanjian.

Baca selanjutnya di Mstar Online

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.