Isnin, 24 September 2012

Isu Air : Kerajaan Negeri Cuba Mengelirukan Rakyat Bagi Menutup Kelemahan Menteri Besar

    1:47:00 PTG   No comments


Kerajaan Pakatan Selangor dengan sengaja cuba mengelirukan orang ramai berhubung isu air yang sedang hangat diperkatakan demi memenuhi agenda politik sempit mereka tanpa menghiraukan keperluan pengguna air serta kepenting terhadap ekonomi di negeri ini.

Kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang setakat ini belum bermula, cuba disabotaj kerajaan negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja mengelirukan tapi berniat jahat bagi tujuan menyekat hak rakyat Selangor untuk menikmati bekalan air bersih terawat.

Bagaimana kerajaan negeri Pakatan boleh begitu yakin dengan ramalanya bahawa kadar tarif air di Selangor akan naik sekiranya projek loji rawatan air tersebut diteruskan sedangkan batu asas untuk pembinaan loji berkenaan masih belum dipacakkan lagi.

Kebimbangan yang cuba dicetuskan kerajaan negeri melalui khabar kenaikan tarif yang didakwa bakal di tanggung oleh pengguna air di Selangor hanyalah bertujuan untuk menakutkan pengguna air selain memberi gambaran bertapa zalimnya Kerajaan Persekutuan kerana cuba membebankan rakyat walau sudah ditegaskan beberapa kali bahawa isu tarif air ini masih lagi di peringkat perundingan.

Menurut jangkaan Kerajaan Persekutuan setelah beberapa kajian dibuat berhubung isu air di Selangor telah mendapati negeri Selangor dan daerah sekitarnya seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan air yang sangat kritikal pada tahun 2014 sekiranya projek loji rawatan air ini tidak dilakasana mulai sekarang.

Beberapa hari lepas, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George dalam kenyataanya telah memaklumkan, kebanyakan penduduk Selangor masih lagi keliru dalam menentukan pihak mana yang benar berhubung isu air yang tak berkesudahan ini.

Rasa kesal juga turut dizahirkan kerana mendapati beberapa Exco kerajaan Pakatan Selangor yang sebelum ini adalah aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO) turut besekongkol mengahalang hak rakyat Selangor untuk mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi.

CASSA juga turut bersetuju dengan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 bagi menampung keperluan serta permintaan air di Selangor dan daerah sekitarnya yang semakin meningkat.

Oleh itu, tiada lagi alasan atau helah dari kerjaan negeri untuk menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ini memandangkan banyak pihak bersetuju dengan usaha yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ini.

Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, kerajaan negeri Selangor perlu mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan politik kepartian. Jika perkara sekecil ini tidak mampu diselesaikan dengan cara mudah, adalah wajar kiranya Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim meletakkan jawatanya sekarang!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.