Rabu, 17 Oktober 2012

Hujan Hari-Hari Tapi Air Empangan Di Selangor Makin Surut, Bala Allah Atau Krisis Air

    10:58:00 PTG   No comments


Situasi kehilangan air mentah di Empangan Sungai Selangor kini sudah sampai ke peringkat yang mana rakyat negeri itu perlu memberi perhatian secara serius.

Ini memandangkan tahap air di empangan berkenaan semakin berkurangan walaupun hujan turun dengan lebat di kawasan Lembah Kelang sejak beberapa hari lalu.

Kuasa rakyat perlu diketengahkan pada peringkat ini bagi mencapai satu penyelesaian muktamad dalam isu air Selangor.


Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya mengakui kekurangan air mentah di negeri itu apabila tampil dengan idea-idea seperti pembenihan awan dan teknologi membran yang belum terbukti sepenuhnya dari Kanada.

Khalid Ibrahim tidak mahu bersetuju dengan rancangan Kerajaan Persekutuan yang mahu membina Loji Langat 2 melibatkan pemindahan air dari Pahang kerana ia tidak memberi pulangan mata kredit kepada kerajaan Pakatan Selangor. Tindakan Menteri Besar Selangor ini jelas bermotifkan politik .

Namun, situasi air di Empangan Sungai Selangor pada hari ini yang berada pada tahap 200.4 juta meter padu berbanding 200.6 juta meter padu pada 2 Oktober lalu menunjukan berlaku pengurangan 200,000 meter padu air di empangan tersebut meskipun hujan turun setiap hari di sana.

Keadaan aneh ini sedikit membimbangkan meskipun kerajaan negeri berulang kali memberikan gambaran seolah-olah tiada sebarang masalah di empangan itu. Adakah ini bala yang ditimpakan oleh Allah kepada rakyat Selangor di atas segala penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kenyataan lunak oleh pemimpin kerajaan negeri bukan penyelesaian terbaik kepada bala air yang sedang menanti Selangor. Pembinaan loji rawatan air Langat 2 perlu dibina walau apa jua halangan yang mendatang termasuk dari kerajaan negeri sendiri kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Tinjauan terkini yang telah dilakukan baru-baru ini mendapati bacaan jumlah penyimpanan air terus menyusut. Untuk rekod, Empangan Sungai Selangor menyalurkan bekalan air untuk pengguna di Lembah Klang dan kawasan Rawang mampu menyimpan bekalan air mentah yang maksimum kira-kira 235 juta meter padu.

Tetapi, bacaan meter air semakin berkurangan sejak beberapa bulan pada tahun ini dan bakal menjadi kritikal sekiranya ia menyusut kepada 190 juta meter padu. Pada 2 Oktober lalu, seperti yang dilaporkan oleh Mynewshub, tahap air di empangan itu menunjukkan bacaan meter air berada pada bacaan 200.6 juta meter padu.

Namun, pada hari ini, sebanyak 200,000 meter padu air dicatatkan susut dari bacaan awal tarikh tersebut dalam masa hanya 15 hari sahaja. Jadi, bacaan meter terbaru air empangan itu adalah sebanyak 200.4 juta meter padu.

Kalau dilihat pada jumlah bacaan air yang menyusut, jumlah itu boleh dikatakan tidak terlalu besar. Namun, dengan keluasan kawasan empangan yang besarnya lebih kurang 600 hektar, jumlah penyusutan itu memang jelas terlalu banyak.

Jika perkara sebegini terus dibiarkan berlaku, negeri Selangor bakal berdepan dengan krisis air yang sangat dahysat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Dari rakaman lensa kamera video yang disiarkan di kaca tv tentang keadaan terkini tahap simpanan air mentah di beberapa buah empangan di Selangor, sudah cukup memberi gambaran jelas bahawa rakyat negeri Selangor dan daerah sekitarnya yang terlibat akan berdepan masalah besar.

Oleh itu, kuasa rakyat dituntut bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak lagi menghalang projek pembinaan loji rawatan air Langat 2 seperti yang telah dirancang sebelum ini. Sekiranya tiada langkah atau sebarang tindakan awal diambil untuk mengatasi masalah ini, tidak mustahil perisitwa lama, krisis air yang berlaku pada tahun 1998 bakal berulang kembali dan sudah pasti kali ini lebih menyeksakan lagi kehidupan seharian apabila hidup tanpa bekalan air yang mencukupi.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.