Sponsored

Rabu, 17 Oktober 2012

Penyelewengan Ladang Rakyat Di Kelantan Terbongkar

Akibat seleweng hak rakyat
"Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UMNO. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).

Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan PAS, mereka sibuk curi rampas tanah orang, curi balak, tidak bayar pampasan atau ganti rugi," demikian kata Harun Che Anal, warga emas berusia 61 dari Gua Musang, Kelantan.

Kata-kata di atas adalah luahan kekecewaan salah seorang peneroka yang sebak melihat tanah yang diterokanya sejak dua dekad lalu kini sudah menjadi sebahagian dari Ladang Rakyat, sedangkan sebelumnya pemimpin PAS negeri sudah berjanji untuk memberikan geran hak milik tanah kepada rakyat.

Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.

Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.

Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam.

Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.

Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.

Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.

Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.

Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu.

Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka, manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..