Ahad, 7 Oktober 2012

Hutang Talam Dilunasi, Hutang Rakyat Tanggung Sendiri

    2:38:00 PG   No comments


TANJUNG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor meminta Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim jangan memandang rendah desakan pembeli rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya perbadanan itu membantu menyelesaikan hutang mereka dengan bank.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan Selangor sepatutnya lebih peka dalam menjaga kebajikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, dan bukan mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.

"Inilah budaya yang dicipta oleh kerajaan pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat)... kerajaan negeri Selangor ternyata memandang remeh isu yang dibangkitkan oleh rakyat. "Rakyat nak tuntut kepakaran MB (Menteri Besar), dan kenapa beliau tak cari jalan bagaimana nak selesaikan hutang rakyat kepada PKNS itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Produk Pertanian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas demonstrasi lebih 200 penduduk rumah pangsa di Seksyen 7, 16, 18 dan 20 Shah Alam baru-baru ini, yang meminta PKNS melupuskan hutang pembeli kediaman terbabit bernilai RM19 juta.

Noh berkata, jika kerajaan Selangor boleh menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad bernilai RM392 juta, mereka juga sepatutnya turun padang membantu mengambil alih hutang penduduk berpendapatan rendah di negeri ini - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.