Sabtu, 6 Oktober 2012

UiTM Bakal Dibina Di Serendah, Rahmat Besar Buat Rakyat Selangor

    10:00:00 PG   No comments


TANJONG KARANG: Mesyuarat kabinet pada Jumaat bersetuju meneruskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, yang sebelum ini dirampas kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Noh, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Selangor, berkata perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil lawatan beliau ke Selangor pada Khamis.

"Dalam dialog dengan pemimpin belia dan pelajar di UiTM Shah Alam semalam, seorang daripada pemimpin belia meminta kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk meneruskan pembinaan UiTM di Serendah.

"Susulan dialog itu, Timbalan Perdana Menteri telah bangkitkan perkara inidalam kabinet, dan ia dipersetujui oleh jemaah menteri termasuk Perdana Menteri. "Persetujuan ini secara prinsipal sahaja. Maklumat terperinci akan diumum oleh kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita selepas bertemu peniaga ikan di Jeti Sungai Yu di sini.

Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.

Ekoran rampasan tanah itu, projek pembangunan kampus UiTM berkenaandipindah ke Melaka. Noh berkata kerajaan Persekutuan bagaimanapun perlu menyediakan peruntukan baru untuk pembinaan kampus itu memandangkan peruntukan sebelum ini disalur untuk pembinaan kampus universiti tersebut di Melaka. Mengulas kemungkinan kerajaan negeri memfailkan rayuan terhadap keputusanmahkamah itu, beliau berkata ia hak mereka untuk berbuat demikian, namun pihakberkenaan sepatutnya mengutamakan pendidikan untuk generasi muda berbanding kepentingan politik.

"Pembinaan kampus UiTM ini tidak seharusnya menjadi isu dan dipolitikkan. Saya berharap kerajaan negeri akan memberi kerjasama apabila pembinaan kampus ini dilaksanakan kelak," katanya.

Isu melibatkan tanah YBK bermula dengan keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek kampus UiTM di Serendah sehingga projek itu terpaksa dipinda ke Semujuk, Melaka.

Ini diikuti tindakan memulangkan bayaran cukai tanah YBK berjumlah RM5.7 juta, yang sebahagiannya dilunas dengan bantuan Yayasan Melaka, dan merampas tanah berkenaan atas alasan pihak luar tidak boleh membuat bayaran bagi pihakYBK - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.