Selasa, 23 Oktober 2012

Isu Selangor: MB Lemah 'Syahwat', Masalah Air Yang Mudah Pun Tak Mampu Nak Selesaikan

    10:00:00 PG   1 comment


Hingga sekarang, kelibat Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim masih lagi tidak kelihatan turun padang meninjau kawasan tadahan air yang berada di sekitar negeri Selangor.

Semalam 22 Oktober, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengurusi Jawatan Kuasa Kabinet Khas mengenai isu air Selangor telah turun meninjau sendiri kawasan sekitar empangan Sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Baru.

Tinjauan yang dilakukan oleh TPM ini adalah bukti kerajaan Persekutuan memang serius untuk mengatasi masalah krisis bekalan air yang bakal melanda negeri Selangor pada bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu, TPM berpendapat bahawa cadangan kerajaan negeri Selangor yang bercadang ingin menggunakan teknologi membran bagi menangani masalah air yang bakal berlaku di negeri itu adalah tidak perktikal sama sekali.

Selain dari itu, teknologi membran yang ingin diguna kerajaan negeri Selangor itu akan mengakibatkan tahap kualiti air rendah dan tidak dijamin selamat untuk kegunaan seharian selain dari kosnya yang bakal membebankan pengguna air di Selangor.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah mencadangkan banyak kaedah untuk mengatasi krisis air ini, namun ianya hanya sekadar syarat untuk mengelabui mata rakyat terhadap masalah yang sedang dihadapi. Oleh kerana kerajaan negeri tiada sebarang perancangan jangka panjang untuk mengatasi krisis air ini, segala kaedah diperkenal oleh Menteri Besar Selangor itu sekadar untuk melepaskan batuk ditangga.

Sampai bila Khalid Ibrahim mahu terus bersembunyi dari berdepan depan masalah rakyat yang kini sudah terlalu banyak. Selaku Menteri Besar, secara automatiknya masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat adalah menjadi tanggung jawabnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sekiranya kerajaan Pakatan Selangor tidak berupaya untuk menyelasaikan segala masalah yang timbul, mulai dari sekarang rakyat Selangor boleh berkira-kira untuk memilih siapa yang layak bagi menggantikan kerajaan negeri sedia ada sekarang apabila PRU13 membuka tirainya.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. aku orang johor.... satu hari ambil waktu senggang berjalan ke beberapa bandar di Selangor.... amat menyayat hati macam tak percaya....jauh ketinggalan berbanding bandar dan pekan di Johor....bandar2 banyak yg tak terurus...kelihatan kotor lanskap yg dulunya indah menjelekkan kesan tak dirancang dgn baik....sampah sarap merata2....apa dah jadi aku pun tak tahu...selangorku sayang!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.