Buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun, pasukan bola sepak Kelantan yang terkenal dengan jolokan nama The Red Warrior (TRW) berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia, satu kejayaan yang tentu sahaja amat manis untuk dikenang.
Lebih manis lagi kejayaan tersebut sekaligus melengkapkan tiga kejuaraan yang dicapai oleh TRW bagi tahun 2012 termasuk menjuarai tahtha pertama Liga Super disamping menggondol kejuaraan Piala FA.
Lebih manis lagi kejayaan tersebut sekaligus melengkapkan tiga kejuaraan yang dicapai oleh TRW bagi tahun 2012 termasuk menjuarai tahtha pertama Liga Super disamping menggondol kejuaraan Piala FA.
Kesemua kejayaan ini berjaya dikecapi selepas bekas Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA) seterusnya membawa kepada transformasi dalam pengurusan bola sepak Kelantan yang hasilnya adalah seperti yang wujud pada hari ini.
Sebelum KAFA diambil alih pengurusannya oleh Annuar, persatuan bola sepak itu terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah dari hal tunggakan gaji pemain, kebajikan pegawai pasukan, masalah disiplin hinggalah kepada berhutang sewa stadium dengan Kerajaan PAS Kelantan.
Setelah kemasukan Annuar menerajui KAFA, perkara pertama yang ditumpukannya ialah menyelesaikan tunggakan gaji pemain serta pegawai pasukan seterusnya membentuk disiplin pasukan.
Masalah gaji tertunggak dan disiplin pemain, jika gagal diselesaikan ia akan menjadi barah namun bila berjaya diatasi dan kebajikan para pemain dan pegawai pasukan senantiasa dijaga manakala perancangan serta pengurusan pasukan tersusun baik dan rapi, InsyaAllah kemenangan bakal diperolehi.
Melihat pada kebangkitan TRW sehingga berjaya meraih kejuaraan treble ini, jelas sekali pemimpin yang bijak dan pandai dalam pengurusan memainkan peranan penting dalam jatuh bangun sesebuah organisasi, persatuan mahupun negeri.
Ternampak jelas, aura kehebatan seorang pemimpin BN seperti Annuar Musa telah terbukti berjaya mengubah nasib pasukan Kelantan dari sebuah pasukan belasahan kini muncul sebagai pasukan gergasi yang digeruni ramai.
Jika dalam edisi Piala Malaysia tahun 2010 dulu, hasil kejayaan TRW menggondol piala tersebut buat pertama kalinya telah merintis kepada kebangkitan Gelombang Merah yang meruntuhkan penguasaan PAS di PRK DUN Galas, tidak mustahil kejayaan TRW dalam edisi tahun ini juga bakal menyemarakkan Gelombang Merah untuk menghanyutkan PAS dan Nik Aziz dari Kompleks Kota Darul Naim.
Piala Malaysia kembali lagi ke pangkuan Kelantan bukan kerana Nik Aziz, bukan juga kerana Husam Musa dan bukan sekali-kali kerana PAS.
Tapi, kemegahan menggenggam Piala Malaysia ini menjadi realiti sekali lagi disebabkan kehebatan pemimpin BN mengurus tadbir KAFA dengan kerjasama para pemain yang setia membanting tulang bersemangat menjulang nama negeri.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..