Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, 21 Ogos 2017

Jangan Ribut-Ribut Pak!

    11:00:00 PTG   1 comment
sepak_takraw_wanita_indonesia

Matlamat masuk satu pertandingan adalah untuk menang, bukanya meninggalkan gelanggang tanpa melawan hingga ke saat akhir.

Disebabkan ego tak bertempat jurulatih, pasukan sepak takraw wanita Indonesia gagal meraih sebarang pingat di kejohanan sukan SEA ke-29 ketika bertemu Malaysia baru-baru ini.

Disebabkan itu juga tidak pasal-pasal Malaysia teruk dikecam dengan pelbagai tohmahan dari rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut.

Yang salah tetap salah. Kebenaran akhirnya berpihak kepada Malaysia setelah segala bukti dan video menunjukkan pemain Indonesia memang benar-benar melakukan kesilapan.

Terkini, Persatuan Sepaktakraw Indonesia mengakui bahawa skuad sepak takraw wanita  negara itu telah melakukan kesilapan besar  dek kerana sikap terburu-buru jurulatih yang mengarahkan pemainya keluar gelanggang.

Sekarang terpulang kepada Netizen dan peminat sukan di Malaysia samada hendak serang balas atau menganggap segala tohmahan yang dilempar itu hanya perkara kecil sahaja.


Ahad, 26 April 2015

TMJ Sindir PAFA Dan Penyokong Bola Sepak Perak Masih Lagi Tinggal Di Atas Pokok

    6:45:00 PTG   5 comments
jdt-perak

Tindakan paling tidak bertanggungjawab sejak tahun 2013 ini jelas menunjukkan sikap yang tiada ketamadunan. Setelah mencetuskan pergaduhan dan membaling objek, kemudiannya takut dan terus membuat laporan.

Sedar atau tidak bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut adalah datangnya dari rata-ratanya bersama keluarga dan anak kecil. Dan yg mengiringi penyokong keluar adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mengapa tidak tanya sendiri kepada PDRM, adakah kami yang mulakan dahulu? Lagu JDT Bangsat mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang 90% penuh di stadium malam itu.

Cadangan kepada badan induk iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kalau hendak mengambil tindakan lebih berkesan dendalah pasukan, bukan penyokong. Kerana penyokong tidak peduli kepada bayaran denda yg dikenakan. Dendalah mata pasukan, itu adalah tempias paling berkesan yang akan dirasai oleh semua pasukan termasuk JDT.

Kronologi insiden selepas tamat perlawanan :

Penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

Peberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.

Pada jam 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuhraya.


Saya paling pantang menegakkan orang yang bersalah. Sebagai contoh saya telah bubarkan Inter Johor Firm (IJF). Kenapa pasukan lain tidak membubarkan anasir-anasir negatif ini.

Kepada pahlawan kekunci dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT. Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya, dan saya akan datang.

Teringat pula satu kisah semasa saya kecil dahulu orang-orang tua Johor berkata. Dahulu semasa manusia bermesyuarat dan duduk di atas pokok, di Johor, orang-orang Johor sudah mula memandu Rolls Royce.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Jumaat, 19 Disember 2014

Dollah Yakin Harimau Malaya Mampu Bangkit Benam Thailand

    10:37:00 PTG   2 comments
harimau-malay-aff-suzuki

KETUA  jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin anak buahnya mampu menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Beliau berkata, kehadiran penyokong yang ramai pada perlawanan itu sudah tentu akan memberi tonik tambahan kepada pemain negara untuk menampilkan aksi terbaik di laman sendiri.

"Saya mengakui bukan tugas mudah berdepan pasukan Thailand yang mempunyai kelebihan dari segi stamina, selain mereka juga mempamerkan corak permainan pantas. Namun beraksi di tempat sendiri, kita mesti tampilkan sesuatu kepada penyokong," katanya pada sidang media praperlawanan berkenaan di Petaling Jaya, hari ini.

Pengendali skuad kebangsaan itu berkata, beliau akan membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utama selepas pemain berpengalaman Indra Putra Mahayuddin terpaksa disisihkan berikutan kecederaan pada kaki kirinya.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang optimis pasukannya mampu meraih kejuaraan keempat kejohanan bola sepak serantau itu dengan berbekalkan kelebihan dua gol daripada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Bekas pemain kebangsaan Thailand yang lebih dikenali sebagai 'Zico' itu berkata, pasukannya akan mengekalkan corak permainan menyerang seperti yang dipamerkan pada perlawanan akhir pertama yang lepas.

"Perlawanan esok sudah tentu hebat kerana saya difahamkan tiket perlawanan sudah habis terjual. Kami belum selamat walaupun mempunyai kelebihan dua gol," katanya.

Kiatisuk berkata, beliau membariskan ramai pemain muda pada kejohanan berkenaan bagi mempersiapkan mereka menghadapi tiga kejohanan utama tahun depan iaitu Sukan SEA di Singapura, pusingan kelayakan Sukan Olimpik Rio 2016 dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

"Sebab itu, saya memberi mereka (pemain muda) peluang dan saya berpuas hati mereka menampilkan permainan yang baik," katanya.

Pada perlawanan akhir pertama Rabu lepas, Malaysia tewas 0-2. Skuad Harimau Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

Sementara, Thailand menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002.  - Bernama

Ahad, 29 Jun 2014

Piala Dunia 2014: Brazil Bakal Berdepan Saingan Sengit Pada Perlawanan Suku Akhir

    10:00:00 PG   No comments
brazil-squad-2014-worldcup

TUAN rumah, Brazil menjadi pasukan pertama menempah tiket ke aksi suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi Ahad.

Aksi penuh dramatik kedua-dua pasukan pada pusingan kalah mati ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar.

David Luiz menjaringkan gol tunggal Brazil minit ke-18, namun Alexis Sanchez menyamakan kedudukan 14 minit selepas itu.

Babak kedua menyaksikan Hulk berjaya menambah jaringan kedua Brazil, namun tidak dikira selepas pengadil Howard Webb memutuskan bola terkena bahagian lengan pemain itu.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam tempoh masa tambahan sehingga membawa ke sepakan penentuan penalti.

Tiga sepakan penalti Brazil dilakukan David Luiz, Marcelo dan Neymar.

Manakala dua gol penalti Chile oleh Aranguiz dan Diaz.

Brazil bakal berdepan dengan Colombia atau Uruguay pada aksi suku akhir yang keenam pasukan kendalian  Felipe Scolari ini.

Piala Dunia 2014: Alexis Sanchez Kesal Mutu Pengadilan FIFA Meragukan

    9:00:00 PG   No comments
"SAYA tidak risaukan pasukan Brazil, tetapi pengadil pada perlawanan itu harus bersikap terbuka dan tidak memihak mana-mana pasukan,”

Itu pandangan penyerang Chile, Alexis Sanchez yang berharap pengadil perlawanan mampu mengadili aksi pusingan kalah mati membabitkan kedua-dua pasukan tersebut dengan cekap dan tidak membuat keputusan meragukan.

alexis-sanchez-worldcup-2014

Nada risau itu diluahkan selepas pengendali Croatia, Niko Kovac pernah mempertikaikan mutu pengadilan ketika bertemu Brazil apabila pengadil (Yuichi Nishimura) memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah sedangkan ulang tayang televisyen jelas menunjukkan pemain Brazil (Fred) sengaja menjatuhkan dirinya.

Sanchez berkata, jika boleh dia tidak mahu insiden tersebut berulang sekali gus merugikan mereka seperti mana dialami Croatia.

"Brazil pasukan yang memiliki pertahanan yang bagus dan mempunyai kualiti yang hebat dalam skuad mereka. Sudah tentu saya hormat dan gembira dapat bertemu mereka pada perlawanan ini.

"Cuma yang merisaukan kami ialah mengenai tahap pengadilan kerana apa yang berlaku sebelum ini satu pengajaran buat kami, Apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku," katanya.

Piala Dunia 2014: Puasa Bukan Halangan Untuk Beraksi Lincah Di Padang

    8:03:00 PG   No comments
RIO DE JANEIRO: Kehadiran Ramadan, bermula hari ini menjadi ujian besar buat pemain beragama Islam yang kini beraksi pada kempen Piala Dunia di Brazil.

Ini adalah pertama kali dalam tempoh 28 tahun, Ramadan disambut serentak dengan kejohanan bola sepak berprestij itu. Kali terakhir adalah ketika Mexico menjadi tuan rumah pada tahun 1986.
Suhu semasa dicatatkan adalah antara 25 hingga 32 darjah celsius dan kebanyakan perlawanan pula berlangsung sebelah petang.

Ketua pasukan Algeria, Madjid Bouguerra ketika diwawancara media negaranya mengakui ia cabaran besar kepada pemain, namun baginya bukan asing dan pernah melalui pengalaman sama ketika beraksi bersama kelab Eropah, Glasgow Rangers.

“Ia memang sukar, tetapi cuaca di sini baik. Beberapa pemain akan menangguhkan puasa, tetapi saya akan meneruskannya bergantung kepada keadaan fizikal,” katanya.

Pertahanan Perancis, Bacary Sagna pula yang ditemubual The Associated Press (AP) di Ribeirao Preto, tahu bahawa terdapat kelonggaran tertentu yang membolehkan seseorang untuk menangguhkan puasa.

world-cup-ramadan-2014

“Secara peribadi saya tidak akan melakukannya, tetapi semua orang bebas untuk meneruskan puasa dan saya benar-benar menghormati mereka,” katanya.

Selain Bacary, pemain tengah, Moussa Sissoko dan pertahanan sensasi Real Madrid, Karim Benzema antara pemain Perancis beragama Islam.

Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini, pula mewakili negaranya, Belgium, selain dua tonggak Jerman, Sami Khedira dan Mesut Ozil.

Lain-lain pemain, Xherdan Shaqiri, Admir Mehmedi dan Gokhan Inler mewakili Switzerland, sementara Wakaso Mubarak dari Ghana serta Vincent Aboubakar mewakili Cameron terlepas daripada beraksi pada Ramadan selepas pasukannya gagal ke peringkat kedua, saingan 16 pasukan.

Antara pasukan yang mencatatkan ramai pemain Islam dan layak beraksi pada pusingan kedua adalah Algeria. - Agensi

Khamis, 13 Jun 2013

Final Piala FA: Menang Belum Lagi, Tapi Dah Bagi Cuti

    12:37:00 PG   4 comments
piala-fa-kelantan-jdt

Wak J: Sebab bola je pun sampai kena umum cuti peristiwa. Boleh bankrap syarikat atau perniagaan yang diusahakan jika beginilah amalan kerajaan negeri. Lebih parah lagi bila tindakan kerajaan negeri yang sesuka hati memberi cuti ini akan menyebabkan rakyat menjadi malas dan produktiviti kerja menurun.

Tapi apa boleh buat, kerajaan PAS Kelantan bukan kisah sangat soal pembangunan negeri dan juga kebajikan rakyatnya, asal dia orang cukup makan sudah.

Macam mana pun, memang elok diberikan cuti kepada mereka, lagi pun rakyat Kelantan di bawah pentadbiran PAS sekarang bukanya banyak sangat kerja hendak dibuat, dari buang masa lepak kedai kopi menghabiskan duit hasil bini, lebih baik hantar saja ke Bukit Jalil jadi tukang sorak dangan harapan agar menang masa perlawanan akhir nanti.

LUASKAN KUASAMU...

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa selama sehari pada 30 Jun ini bagi memastikan peminat bola sepak di negeri itu selamat kembali selepas menonton perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu setelah mengambil kira cuti berkenaan tidak akan menjejaskan operasi pentadbiran kerajaan dan swasta di Kelantan.

"Kita membuat keputusan untuk memberi cuti peristiwa pada 30 Jun bagi memberi peluang kepada rakyat di negeri ini yang pergi ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada pasukan negeri untuk pulang dengan selesa dan tenang.

"Setakat ini tidak ada rungutan (cuti peristiwa akan menjejaskan operasi harian), lagipun bukan selalu, cuma setahun sekali sahaja," katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat itu di sini.

Pertemuan Kelantan dan Johor DT itu dijadualkan bermula pukul 8.45 malam pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kelantan merupakan juara bertahan dan ini adalah kali ketiga pasukan 'The Red Warriors' melangkah ke peringkat akhir Piala FA dalam tempoh empat tahun. - BERNAMA

Ahad, 2 Jun 2013

Piala FA: Bila Harimau Tunjuk Belang, Tok Gajah Lari Lintang Pukang

    9:41:00 PG   3 comments

"Mess With The Best, Die Like The Rest"

Yahooo... kita mara ke final Piala FA. Tahniah buat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika menentang Pahang malam semalam.

Tahniah juga ditujukan kepada seluruh penyokong tegar JDT yang tak pernah putus dan sunyi dengan sorakan pembangkit semangat.

Walau ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama namun moral penyokong JDT tak pernah luntur. Malah sorakan dan nyanyian senada telah membuatkan penyokong Pahang terus diam membisu.

Biasa lah bola itu bulat..adat perlawanan mesti ada yang menang ada yang kalah. Harap pasukan Tok Gajah dapat terima kekalahan ini dengan hati terbuka.

Kepada 'The Budu Warrior'...kita juma di final!










Klik sini untuk jadi rakan wak di fB kalau nak lebih foto lagi

Ahad, 2 Disember 2012

Piala AFF Suzuki 2012: Skuad Garuda Tewas Lagi Dibaham Harimau Malaya

    2:47:00 PG   21 comments

TAHNIAH buat skuad Harimau Malaya  kerana berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir. Memang tidak sia-sia wak beli tiket yang berharga RM30 walau tidak dapat duduk di tempat VIP, namun persembahan anak buah Rajagobal ketika menentang Indonesia malam tadi sungguh membanggakan.

Kemenagan ini patut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia walaupun perjalanan skuad Harimau Malaya masih lagi berliku sebelum bergelar juara kerana akan berdepan pasukan Thailand.

Selasa, 23 Oktober 2012

Kejayaan Pasukan Bolasepak Kelantan, Bukti Kehebatan BN Dalam Segala Hal

    8:00:00 PG   No comments

Buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun, pasukan bola sepak Kelantan yang terkenal dengan jolokan nama The Red Warrior (TRW) berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia, satu kejayaan yang tentu sahaja amat manis untuk dikenang.

Lebih manis lagi kejayaan tersebut sekaligus melengkapkan tiga kejuaraan yang dicapai oleh TRW bagi tahun 2012 termasuk menjuarai tahtha pertama Liga Super disamping menggondol kejuaraan Piala FA.

Rabu, 8 Ogos 2012

Amat Benci Perpaduan, Hina Sesama Manusia Memang Dah Jadi Tabiat Pakatan Haram

    3:00:00 PTG   No comments

Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat.   Dan seperti yang telah diketahui, sama ada PAS, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi ‘pecah dan perintah’ demi mencapai matlamat mereka. 

PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk. DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina ‘tembok’ ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain.  Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.
 

Selasa, 22 November 2011

Pasukan Bola Sepak Indon Kalah Lagi..KAPOK!!

    10:00:00 PG   No comments
TAHNIAH!.. TAHNIAH!..TAHNIAH!

120 minit yang mendebarkan akhirnya berkahir dengan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia merangkul pingat EMAS, sekali gus membenam ego pemain dan kebiadapan penyokong Indonesia jauh ke dalam tanah.

Dengan kejayaan yang dikecapi oleh skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee ini telah membuktikan bahawa pasukan Indonesia tidak lah sehebat yang disangka seperti mana yang sering digembar-gemburkan oleh pihak media dan portal berita di Indonesia.

Memang sangat berpuas hati apabila melihat pasukan Indonesia kalah, terpancar  kekecewaan di wajah hampir 120 ribu penyokong Indonesia apabila sepakan penalti terkahir yang disempurnakan oleh pemain Malaysia ditepis masuk ke gawang gol.



Sebagai penutup kata, Blog Wak J & fB Wali Terompah sekali lagi ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada skuad Harimau Muda dan jurulatih kerana telah menyajikan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mutu permainan bola sepak yang sangat menarik dan menterujakan.

Dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh kesebelsan utama skuad Harimau Muda di Stadium Gelora Bung Karno semasa perlawanan akhir penentuan pingat emas sukan SEA. Sememangnya anda semua layak bergelar WIRA negara...SYABAS dan TAHNIAH...

Isnin, 21 November 2011

Ayuh! Harimau Muda Kita Ganyang Indon

    8:30:00 PTG   No comments
Blog Wak Jengkol & fB Wali Terompah akan berehat sebentar dari bersiaran di alam maya bagi memberi laluan kepada perlawanan akhir bola sepak sukan SEA, pertemuan antara pasukan Malaysia dan Indonesia.

Wak doakan semoga pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee dapat bermain dengan baik, sambil menunjukan mutu persembahan permainan yang menarik buat tontonan seluruh penyokong skuad bola sepak di tanah air.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, wak menyeru agar dapat memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dengan menonton perlawanan akhir ini hingga ke minit akhir perlawanan.

Sekali lagi sukad Malaysia akan berhadapan dengan pasukan tuan rumah Indonesia. Berjayakah Harimau Muda membenam ego pasukan Indonesia buat kali ke dua?. Samasa-sama kita saksikan sekarang. Debaran semakin terasa..

Go Malaysia..Go Harimau Muda..

Jumaat, 26 November 2010

On Target 9 Golds: Tahniah Skuad Sukan Malaysia

    7:54:00 PG   1 comment

Wak J: Akhirnya berjaya juga skuad Malaysia mencapai target untuk mendapatkan 9 pingat emas dalam Sukan Asia ke-16 yang berlangsung di Guangzhou China. Harap-harap selepas ini ada pertambahan pingat emas lagi. Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan akhir hoki nanti, pertemuan antara Malaysia dan Pakistan...Sekiranya Malaysia berjaya menundukan Pakistan, secara automatiknya Malaysa layak ke sukan Olimpik..Malaysia..terbaik!!
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.