Khamis, 13 Jun 2013

Final Piala FA: Menang Belum Lagi, Tapi Dah Bagi Cuti

    12:37:00 PG   4 comments

piala-fa-kelantan-jdt

Wak J: Sebab bola je pun sampai kena umum cuti peristiwa. Boleh bankrap syarikat atau perniagaan yang diusahakan jika beginilah amalan kerajaan negeri. Lebih parah lagi bila tindakan kerajaan negeri yang sesuka hati memberi cuti ini akan menyebabkan rakyat menjadi malas dan produktiviti kerja menurun.

Tapi apa boleh buat, kerajaan PAS Kelantan bukan kisah sangat soal pembangunan negeri dan juga kebajikan rakyatnya, asal dia orang cukup makan sudah.

Macam mana pun, memang elok diberikan cuti kepada mereka, lagi pun rakyat Kelantan di bawah pentadbiran PAS sekarang bukanya banyak sangat kerja hendak dibuat, dari buang masa lepak kedai kopi menghabiskan duit hasil bini, lebih baik hantar saja ke Bukit Jalil jadi tukang sorak dangan harapan agar menang masa perlawanan akhir nanti.

LUASKAN KUASAMU...

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa selama sehari pada 30 Jun ini bagi memastikan peminat bola sepak di negeri itu selamat kembali selepas menonton perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu setelah mengambil kira cuti berkenaan tidak akan menjejaskan operasi pentadbiran kerajaan dan swasta di Kelantan.

"Kita membuat keputusan untuk memberi cuti peristiwa pada 30 Jun bagi memberi peluang kepada rakyat di negeri ini yang pergi ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada pasukan negeri untuk pulang dengan selesa dan tenang.

"Setakat ini tidak ada rungutan (cuti peristiwa akan menjejaskan operasi harian), lagipun bukan selalu, cuma setahun sekali sahaja," katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat itu di sini.

Pertemuan Kelantan dan Johor DT itu dijadualkan bermula pukul 8.45 malam pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kelantan merupakan juara bertahan dan ini adalah kali ketiga pasukan 'The Red Warriors' melangkah ke peringkat akhir Piala FA dalam tempoh empat tahun. - BERNAMA

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. memang menang.. sori lah. johor walaupun byk star tapi dorang fail main sebagai satu pasukan. striker argentina yg boroi tu susah giler member2 nak pas kat dier. yang matyo plak biler dapat bola, ingat diri sendiri messi. kalu betul mcm messi xpe. ni 2,3 langkah dah tersadung. poyor la lu bro. dan gua tgk lu main lu cuma main untuk sendiri bukan untuk pasukan. serius. memang 80% aku ckp kelantan menang. dorang bagus sbgai satu team. dan dorang ada pengalaman sebagai juara. psikologi dorang lebih kental dari johor yang last time menang 1992??.. betul ker x? _jejaka ic 01

    BalasPadam
  2. TRW ni corak permainannya flip-flop berbanding JDT yg konsisten, atas kertas memihak JDT tapi jika TRW mood baik hari tu kita boleh lihat lah pertembungan buku dgn ruas.
    Pasal cuti tu Wak tak usah bising-bising la sebab diorang hari Ahad hari berkerja berbanding JDT cuti hujung minggu,walaupun berapa kerat yg kerja gomen tapi ianya memberi sedikit ketenangan untuk penyokong pulang ke Kelantan dgn santai.

    BalasPadam
  3. Pertamanya, saya setuju Kelate diberi cuti..
    Seperti anon di atas cakap, "memberi sedikit ketenangan untuk penyokong pulang ke Kelantan dgn santai".. Dengan ini, dapat mengurangkan risiko untuk berlakunya kemalangan..

    Keduanya, TRW atau JDT adalah dua pasukan yang memeriahkan kembali suasana bolasepak negara kita seperti zaman 50an - 80an dulu.. Juga tidak lupa Teganu dan Pahang..

    Jadi, baik JDT atau Teganu yang akan menang.. Anda berdua memang BERHAK!!..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TRW sebenarnya.. bukan Teganu.. Tersyasyul..
      Mintak mahap Tuan Speaker.. Huhu..

      Padam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.