Isnin, 22 Oktober 2012

Nilai Hartanah Talam Meningkat 4 Kali Ganda Dari Nilai Asal, SPRM Buat Apa?

    10:00:00 PG   No comments

Jangan sampai pecah lubang..Ingat!

Setelah bermacam pendedahan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam hal yang berkaitan dengan skandal Talam ini, pihak SPRM didapati masih tidak berbuat apa-apa tentang perkara ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung penilaian tanah milik Talam Corporation Berhad (Talam) yang melonjak empat kali ganda daripada RM90.875 juta kepada RM391.986 juta.

Penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu adalah satu situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat dan tidak mustahil terdapat unsur-unsur penyelewengan berlaku dalam pengambil alihan hutang Talam seperti yang dilaporkan.


Pada masa yang sama juga, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim digesa supaya menjelaskan kepada rakyat bagaimana harga penilaian tanah-tanah milik Talam dibuat sehinggakan melonjak empat kali ganda dan mengapa beliau menandatangani surat pengambilan hutang Talam tersebut jika tiada sebarang kepentingan di dalamnya.

SPRM perlu memainkan peranan mereka dengan lebih proaktif setelah mendapat maklumat berhubung perkara tersebut dengan melakukan siasatan terhadap kerajaan Selangor. Pihak SPRM juga perlu cepat bertindak ke atas maklumat atau laporan yang membabitkan Pakatan Pembangkang.

Dalam situasi ini, SPRM perlu berlaku adil dan tidak memilih bulu dalam menjalankan siasatan, seperti yang dapat kita lihat sejak kebelakangan ini tidakan SPRM begitu aktif terhadap kes-kes yang melibatkan pihak kerajaan dan menjadi pasif atau lembab apabila kes-kes yang dilaporkan itu berkaitan dengan Pakatan Pembangkang.

Semakin lambat SPRM bertindak menyelesaikan isu penyelewengan yang berlaku dalam kes Talam ini dan kes-kes lain yang melibatkan Pembangkang, sudah pasti imej SPRM selaku badan penguatkuasa bebas akan dipandang serong oleh rakyat di atas tindakanya yang kini dilihat seolah-olah seperti berat sebelah. Sebelum lebih banyak persepsi buruk tercipta, adalah lebih baik SPRM bertindak dengan segera.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.