Ahad, 21 Oktober 2012

Semakin Ramai Rakyat Selangor Bangkit Menyaman Kerajaan Pakatan Selangor

    10:24:00 PTG   No comments


Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor terus berdiam diri dan buat tak endah terhadap rungutan rakyat Selangor berkenaan isu pemberian air pecuma.

Semalam dilaporkan telah berlaku satu demonstrasi aman yang dilakukan oleh penghuni Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi 500 unit rumah itu mula bertindak dengan menyaman  Kerajaan Negeri Selangor atas dakwaan kerana menipu dalam perjanjian pemeberian air percuma seperti yang termaktub dalam menifesto Pakatan Pembangkang sebelum memenangi pilihanraya 2008.

Menurut Pengurusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang hadir bersama penduduk unit Pangsapuri Selayang Height telah menyatakan tujuan demonstrasi aman ini diadakan adalah untuk menyuarakan serta menuntut hak rakyat Selangor yang selama ini dinafikan oleh kerajaan negeri Selangor yang dikepalai oleh PKR.



Selain itu, Pengurusi GPRS turut menegaskan bahawa tuntutan yang dibuat oleh rakyat Selangor ini terutama yang tinggal di kawasan perumahan pangsapurui seperti di Selayang Height ini adalah di atas rasa kesedaran diri sendiri setelah sekian lama hidup mereka ditindas oleh kerajaan negeri Selangor dalam soal hak untuk mendapatkan air percuma.

Setakat ini sudah ada enam kawasan pangsapuri di negeri Selangor di mana penduduknya bangkit menuntut hak mereka yang dinafikan dengan menyaman kerajaan negeri Selangor. Semoga di hari yang mendatang akan ada lebih banyak kawasan pangsapuri berserta penduduknya tampil menuntut serta mendesak agar kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang menunaikan janjinya yang bukan sahaja terhadap pemeberian air percuma tetapi janji-janji lain yang terkandung dalam menifesto yang masih banyak lagi belum tertunai.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.