Jumaat, 19 Oktober 2012

Skim TAWAS, Salah Satu Kaedah Pemimpin PR Dan Kroni Rompak Duit Rakyat Cara 'Halal'

    10:00:00 PG   No comments


Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan medianya semalam telah memberi jaminan bahawa skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tidak akan lingkup walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Menurut laporan audit negara 2011 yang dibentangkan baru-baru ini mendapati kos operasi dan perlaksanaan skim ini melebihi jumlah pendapatan yang diperolehi.

Pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM1.55 juta, RM1.64 juta dan RM1.71 juta. Ini menunjukkan jumlah pendapatan  tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. Baki dana pada akhir tahun 2011 sejumlah RM5.68 juta adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS

Jika kos operasi sudah melebihi jumlah pendapatan yang diperolehi, dengan apa Khlaid Ibrahim mahu menjamin yang skim TAWAS ini tidak akan lingkup jika diteruskan walau tiada sambutan dari rakyat Selangor sendiri.

Bagaimana Khalid Ibrahim mahu menjelaskan jumlah pendapatan tiga tahun RM 0.6 juta boleh menampung kos operasi tiga tahun berjumlah RM 4.9 juta?

Tindakan Khalid Ibrahim menyalahkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana tidak membekalkan maklumat lengkap statistik kelahiran di Selangor hanyalah helah Menteri Besar Selangor itu untuk melepaskan diri dari kegagalan skim TAWAS ini.

Pada pendapat Audit, kadar pendaftaran Skim TAWAS masih rendah berbanding dengan statistik kelahiran di Negeri Selangor bagi tempoh 2008 hingga 2011. Pihak Kerajaan Negeri/YAWAS boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negeri supaya setiap ibu atau bapa yang membuat pendaftaran kelahiran di kaunter Jabatan Pendaftaran Negeri diserahkan brosur dan borang permohonan TAWAS. Pihak YAWAS juga boleh membuka meja pendaftaran di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara seperti yang telah dilaksanakan di beberapa lokasi. Dengan cara ini, semua pendaftar kelahiran diingatkan mengenai Skim TAWAS sebaik sahaja pendaftaran kelahiran dibuat dan pendaftaran serta merta dapat dibuat di lokasi yang sama

Setelah berjuta ringgit wang rakyat dihabiskan dan segala macam promosi dibuat, adalah sangat mustahil sampai sekarang ini pihak YAWAS masih lagi gagal mendapat statistik sebenar kelahiran di Selangor.

Kegagalan skim TAWAS ini dalam mencapai matlamatnya seolah-olah sedang berlaku aktiviti penyelewengan wang rakyat dengan menggunakan kaedah terancang  jika dilihat dari jumlah kos operasinya yang sangat tidak masuk akal.

Berdasarkan laporan audit 2011 yang baru dikeluarkan ini. Pihak SPRM sudah boleh bersiap sedia menyediakan kertas siasatan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam perlaksanaan skim TAWAS ini tanpa perlu menunggu aduan dibuat kerana sudah jelas lagi nyata berlaku penyelewengan.

Semoga rakyat Selangor dapat membuka mata melihat serta menilai bagaimana modus operadi PR (Penipu Rakyat) melakukan penyelewengan secara 'halal' terhadap duit rakyat yang bernilai jutaan ringgit ini. Lebih banyak skim yang untuk rakyat diwujudkan, lebih banyak peluang pemimpin PR dan kroni merembatnya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.