Isnin, 10 Disember 2012

'Ajaran Sesat' Bawaan PAS Punca Umat Islam Dan Orang Melayu Berpecah

    7:37:00 PTG   13 comments


Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.

Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.

Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.

Nik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa. Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.

Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.

Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO.

Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Hatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu.

Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR?

Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.

Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.

Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.

Sembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.

Namun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.

Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
13 ulasan:
Write comments
  1. Kalau Pok Nik Ajis bukan Serban macam sama sahaja dengan sami duduk sebaris...Oleh Anak KB.

    BalasPadam
  2. Heran betul dgn org tua ni;

    Menyambut Maulidur Rasul dia kata buang masa, kerja yg tak sudah2,

    Tapi meraikan upacara keagamaan macam dlm gambar kat atas tu boleh pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuaila dengan nama kau 'tukang karut'...bukan 'tok guru'..

      kalau jahil pergi la mengaji lagi...tak perlula mengaji sampai jadi 'tok guru' tapi sekurang-kurangnya tak jadi mengarut....di Arab Saudi..negara kelahiran Nabi..tak de pun cuti umum semata-mata untuk sambut hari kelahiran nabi atau adakan perarakan..kat malaysia je...

      Padam
    2. Sebab itu lah Malaysia aman walau berbilang bangsa, kerana apa?

      Kerana umat Islamnya setiasa mengingati Nabi junjungan setiap masa dengan berselawat.

      Itu di Arab, kita di Malaysia ikutlah adat resam orang Melayu ketika menyambut hari keputraan Nabi SAW..

      Padam
    3. yg tok guru kata buang masa itu,yg mnyambutnya brlebih-lebihan mcm mmkai pakaian yg tabarujj dan mcm2 lg.biasalah org melayu,kalau tak mnunjuk x tabarujj, x sah..rtok guru dlm gmbar ni x meraikan pape pon,kat sini dia brperanan sbg org islam utk mmahami ajaran dan agama lain dandpt lah dia gunakan pmahamamnya tu utk brdakwahdgn dorang..wallahuallam..tidak membela,ttapi kbenaran..

      Padam
  3. Mana boleh raikan agama lain. Dah kafir orang tua kutuk ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. masyallah,jgn sskali mnghukum sseorang yg islam itu sbg kafir...hnya Allah yg mmpunyai hak itu..dan adakah bnar, yg org tua ni mmg raikan agama lain atau hnya mmerhati shj utk mmahami ajaran mreka?

      Padam
  4. Jangan dimarahkan Pok Nik..ramai yg kata dia konform Sorga..

    BalasPadam
  5. Ada pengikut anggap pok ni mcm Nabi..sebab tu dia tak kisah rai majlis agama lain..

    BalasPadam
  6. Tok guru tak de la mencuri duit ternak lembu dalam kondo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok guru tak ternak lembu..cuma kumpul lot tanah utk dibahagiak pada ahli keluarga..dah infak belum harta tu..kasiha rakyat kelantan masih ada yg tak bertanah dan berumah..

      Padam
    2. Anon 1:24 AM

      Mu kutok N Ajis kang xdapat teket masok syorga...kemurkaan tok garu n ajis amat di takuti krn silap2 mu kene doa pecah perot tau!!!!

      muahahahhahahahahhahahahah

      Padam
  7. kesian nik ajis, orang ada ilmu agama tapi di akhir hayat dia terpedaya dengan kemewahan dunia. Bimbang daripada target masuk syurga masuk tempat satu lagi kerana menyesatkan akidah ramai pengikut yang mengikut tanpa fikir panjang.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.