Wak kurang bersetuju dengan keputsan kerajaan membenarkan pelajar yang masih belum habis menuntut ini masuk bertanding menjadi calon pilihanraya.
Bukan apa, pada usia yang masih mentah, bulu jagung baru belajar nak tambuh dan belajar pun tak habis lagi sudah mula berangan nak jadi calon pilihanraya.
Tak ada jaminan yang lebih menyakinkan sekiranya penuntut-penuntut yang belum tamat pengajian ini akan menajadi seorang graduan yang berjaya menamatkan pengajian dengan mendapat segulung ijazah.
Bukan apa, pada usia yang masih mentah, bulu jagung baru belajar nak tambuh dan belajar pun tak habis lagi sudah mula berangan nak jadi calon pilihanraya.
Tak ada jaminan yang lebih menyakinkan sekiranya penuntut-penuntut yang belum tamat pengajian ini akan menajadi seorang graduan yang berjaya menamatkan pengajian dengan mendapat segulung ijazah.
Jika ingin menceburkan diri ke dalam dunia politik apatah lagi menjadi calon pilihanraya, sudah tentu banyak persediaan perlu dibuat dari segi mental, fizikal dan juga material. Handak menjadi wakil rakyat ini bukan sahaja mesti pandai bercakap dan rajin buat kerja sahaja, faktor kewangan juga perlu diambil kira.
Walaupun setiap wakil rakyat diberikan peruntukkan untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan yang diwakili, adakalanya seseorang wakil rakyat itu sendiri terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk menyelesaikan masalah. Sebab itulah hampir kesemua orang politik yang ada sekarang datangya dari kalang orang-orang yang berduit seperti ahli perniagaan, pekerja dalam bidang prifesional dan sebagainya.
Mampukah pelajar-pelajar IPT ini sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat nanti menanggung beban menyelesaikan masalah rakyat sedangkan diri sendiri masih lagi dibelenggu dengan hutang pinjaman pendidikan.
Kembalilah kepada matlamat asal sebab apa kita belajar di universiti. Adakah untuk menjadi orang politik atau menunaikan impian mak ayah yang sudah banyak bergolok bergadai semata-mata ingin melihat anaknya menggengam segulung ijazah.
Dunia masih belum nak kiamat lagi, selesaikan dahulu tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang mana tugasnya untuk mencari ilmu. Jangan sibuk-sibuk ingin menjadi calon pilihanraya, bimbang nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Ingat!
Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kurang dipersetujui mahasiswa yang berpendapat ia boleh mengganggu pembelajaran mereka.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Nor Mohd Afif Osman, berkata secara keseluruhannya penuntut IPT di negara ini masih belum bersedia untuk bergerak secara aktif dalam politik.
Beliau berkata, siswa perlu mengambil masa untuk mempelajari politik kepartian dengan sebaik mungkin dan secara matang sebelum terjun dalam bidang berkenaan yang menuntut banyak pengorbanan.
Belum tiba masa kerajaan benar siswa bertanding pilihan raya," Nor Mohd Afif Osman, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM
“Bagi saya belum tiba masanya untuk kerajaan membenarkan siswa bertanding dalam pilihan raya.
“Mereka perlu fokus kepada pelajaran dan mempelajari dunia luar termasuk politik sebelum menjadi pemimpin kepada rakyat.
“Kalau masih belajar dan dalam masa sama ingin memimpin rakyat, bagi saya mahasiswa tidak mempunyai kemampuan.
“Dibimbangi, jika sibuk berpolitik nanti, pelajaran pula yang akan terabai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dedah dengan dasar negara
Bagi Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sharifah Yong Nadia Omar Salleh berpendapat adalah lebih baik golongan itu didedahkan mengenai dasar negara terlebih dulu sebelum menceburi politik kepartian.
“Walaupun generasi muda dikatakan mempunyai pelbagai idea baru, namun bagi saya siswa masih belum bersedia untuk menjadi orang politik sepenuh masa.
“Saya kira kerajaan terlalu agresif dan cadangan ini boleh dilaksanakan apabila mahasiswa kita mencapai tahap kematangan sebenar,” katanya.
Bagaimanapun bagi Nur Syuhada Mohd Tarmizi yang juga Penolong Setiausaha III MPP Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, siswa perlu berfikir secara matang sebelum membuat keputusan untuk menjadi calon PRU.
Aku rasa keputusan itu selaras dengan perlembagaan, wak. Nak bertanding atau tidak adalah keputusan individu. Kadang-kadang kita rasa tak sesuai kerana (bak kata wak) seluar dalam pun mak bapak yang belikan. Tapi mungkin ada mak bapak yang nak sangat anak dia jadi YB, sanggup sponsor. Bangga tu, wak.
BalasPadamAlangkan ada dikalangan ahli-ahli politik pun bukannya ada pendapatan sebelum jadi YB tetapi ditaja. Jangan katakan seluar dalam, nak kencing kat tandas awam pun orang lain bayarkan. Tu belum lagi yang nak kencing kat LUBUK PUAKA. keh keh keh...
Untung-untung jadi bila dpt jadi wakil rakyat boleh dapat projek..
BalasPadammula-mula cakap nak bela nasib rakyat, lepas npk lubuk duit semua jadi kelabu mata...
Yg nih mmg idea mengarut kerajaan.....
BalasPadam