Ahad, 16 Disember 2012

Lari Topik Sikit: Kondom Wanita Yang Banyak Kelebihan, Dapatkan Segera!

    11:49:00 PTG   No comments


Wak J: Maaf, sebab lari topik sikit. Sekadar ingin berkongsi maklumat kepada pembaca blog wak yang  setia lagi dihomati. Harap tak ada yang teruja bila baca info di bawah ni dan jangan pula sesekali bertanya pada wak bagai mana hendak mendapatkan benda alah tersebut (wak nak sebut pun malu he..he..he)

London: Sekumpulan penyelidik mencipta kondom wanita yang bukan hanya mampu mencegah kehamilan, menghindarkan penyakit kelamin (STD), dan mampu larut secara beransur-ansur.

Penyelidik di Universiti Washington (UW) mencipta kondom berkenaan daripada mikrofiber halus melalui satu kaedah dipanggil ‘electrospinning’. Ia kemudian direka untuk lenyap selepas digunakan sama ada dalam masa beberapa minit atau beberapa hari.

Kondom terbabit bukan hanya mampu menghalang sperma tetapi juga mampu membebaskan ubat campuran anti-HIV dengan hormon pencegahan kehamilan, lapor Daily Mail.

Pembantu profesor bio-kejuruteraan di Washington, Kim Woodrow berkata: “Impian kami untuk mencipta satu produk wanita yang boleh digunakan untuk mencegah mereka daripada jangkitan HIV dan kehamilan. Kami juga memiliki ubat untuk itu. Ia benar-benar berkesan dan membolehkan seseorang wanita menggunakannya.”

Woodrow mempersembahkan idea terbabit bersama Emily Krogstad dan Cameron Ball, kedua-dua adalah pelajar tahun akhir yang terbabit dalam projek berkenaan.

Ball menambah: “Kaedah ini membenarkan pembebasan terkawal beberapa kandungan. Kami mampu untuk menukar gentian berkenaan bagi pelbagai kegunaan.”-Agensi- Berita Harian

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.