Ahad, 2 Disember 2012

Siapalah Yang Fitnah Nik Aziz Masuk ICU, Doakan Lah Orang Tua Tu Hidup 30 Tahun Lagi

    3:44:00 PTG   2 comments


Mungkin khabar angin yang cuba disebarkan  diruang maya baru-baru ini sekadar hendak menyakat Nik Aziz saja. Jadi tak perlu lah penyokong PAS gusar tentang kesihatan Nik Aziz kerana orang tua kutuk tu kalis dari sebarang penyakit.

Sepatutnya kita semua doakan yang baik-baik sahaja terhadap kesihatan Nik Aziz. Sebolehnya kita doakan agar Nik Aziz dipanjangkan usianya selama 30 tahun lagi. Selagi orang tua kutuk tu terus bernyawa selagi itu lah ia memberi kelebihan buat UMNO-BN. Tak baik taw buat Fitnah, nant pecah perut baru tahu.

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, Rabu lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, setakat ini beliau berada dalam keadaan baik dan kesihatannya juga tidak terganggu biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan mahupun baru sahaja selesai dengan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 baru-baru ini.

Beliau turut menyifatkan, tindakan menyebarkan berita mengenai kesihatannya yang tidak betul itu adalah satu ikhtiar terakhir (fitnah) pihak tertentu terhadap dirinya.

“Itu ikhtiar (tuduhan) yang paling akhir oleh orang yang tiada ikhtiar. Saya sihat dan sekarang ini pun saya sihatlah.

“Saya masih sihat dan mampu meneruskan kerja-kerja pentadbiran negeri,” katanya dalam nada gembira ketika ditemui media di JKR 10 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai tahap kesihatannya setelah terdapat pihak tertentu termasuk blog melaporkan Mursyidul Am Pas itu menerima rawatan di ICU.

Terdahulu beliau menerima kunjungan rombongan dari Singapura dan pelakon Indonesia, Meyda Sefira yang membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih serta selebriti terkenal, Heliza Helmi di kediaman rasminya sebelum mengadakan Hari Hiburan Islam di sini pada sebelah malamnya.

Penjelasan Nik Abdul Aziz itu juga sekali gus menafikan kesahihan laporan sebuah blog Rabu lalu yang memaparkan berita beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta kira-kira jam 6.30 pagi kerana serangan sakit jantung.

Memetik laporan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga turut melawat Nik Abdul Aziz yang dirawat di hospital berkenaan.

Pada Rabu lalu ketika desas-desus mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz tersebar sedangkan pada sebelah paginya beliau mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nik Abdul Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia kerana saluran jantungnya tersumbat, manakala pada 8 Disember lalu beliau juga dimasukkan ke hospital sama lebih lima hari disebabkan masalah tulang belakang.

Kemudian beliau dimasukkan ke hospital sama, pada bulan sama selepas mengadu mengalami keletihan dan pada penghujung September tahun ini beliau dinasihatkan berehat beberapa hari di HUSM - Sinar Harian

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. biarlah org tua ni hidup lama skit supaya sempat kah dia bertaubat...

    BalasPadam
  2. berita yg disebar tu bukanya satu fitnah tapi satu sindiran yg bermaksud Nik Aziz dah tua. Kalau Nik Aziz tu ulama sebenar beliau akan doakan kesejahteraan untuk semua bukan sebaliknya.Ertinya disini Nik Aziz tak diperlukan lagi sebab tak membawa kebaikan kepada Islam.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.