Khamis, 17 Januari 2013

BN Jamin Beri Khidmat Terbaik Untuk Rakyat Selangor Jika Diberi Mandat

    11:00:00 PTG   1 comment


SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) mahu mengambil alih semula pemerintahan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana ingin memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik daripada pentadbiran sekarang.

"BN jika diberi peluang dan mandat oleh rakyat Selangor nanti, kita akan melakukan usaha-usaha yang lebih baik, bersungguh-sungguh untuk kita mewujudkan pentadbiran yang dapat memenuhi aspirasi, kehendak dan jangkaan rakyat Selangor," katanya ketika ke udara secara langsung di SelangorBN.FM semasa melancarkan siaran radio itu di Bangunan Umno Selangor di sini, Rabu.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor dan Badan Perhubungan Umno negeri berkata sejak kebelakangan ini timbul banyak masalah di Selangor terutamanya berkaitan dengan janji-janji pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan.

"Maknanya mereka mungkir janji, saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun bersikap demikian sebab kita rasa macam kita ni kena tipu.

"Saya tak suka kalau orang tipu saya...saya tak tahulah orang lain tapi saya percaya kita semua bersikap bahawa kalau dengan manusia ni kita kena pegang pada janji," katanya ketika diwawancara juruhebah Kavimani Muthayam.

Najib berkata pengenalan pendekatan atau medium baharu seperti radio internet SelangorBN.FM itu memberi mesej bahawa BN bersedia untuk berkhidmat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat).

"Melalui siaran radio ini juga BN Selangor akan dapat maklumat timbal balas dari rakyat Selangor dan medium ini akan dijadikan landasan bagi parti memberi khidmat bakti yang lebih baik dan berkesan kepada rakyat Selangor," katanya.

"Kita merayu pada pengundi untuk memberi peluang kepada kita, saya akan menentukan bahawa Selangor tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang begitu pesat sebab Selangor terlalu penting terlalu strategik bagi sebuah negeri," katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi Selangor dan Kerajaan Pusat selaras dan selari dalam dasar-dasarnya agar tidak menyusahkan rakyat seperti masalah air umpamanya.

"Kalau tidak ada kerajaan yang sama, akan bangkit begitu banyak masalah yang pastinya akan menyusahkan rakyat dan merugikan negara," katanya.

Najib berkata penggunaan radio internet merupakan satu pendekatan baharu bagi BN dan selaku sebuah parti ia mesti ada kesediaan untuk berubah dan melakukan perubahan.

"Jika kita menyarankan kepada rakyat bahawa mereka mesti berubah kita sendiri juga mesti mendahului kelok pembaharuan itu dengan menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti politik kita sanggup menerima idea-idea baharu sama ada daripada segi dasar, program atau pendekatan," katanya.

Najib berkata zaman lepas merdeka dahulu, kerajaan menggunakan tayangan wayang gambar untuk berhubung dengan rakyat tetapi pada zaman ini kerajaan menggunakan media sosial seperti radio internet dan beliau sendiri aktif menggunakan twitter.

Turut hadir pada majlis perasmian radio itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Yap Pian Hon, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas dan Naib Presiden Gerakan Senator A. Kohilan Pillay.

Radio SelangorBN.FM boleh didengar menerusi laman web www.selangorbn.fm atau muat turun applikasi Tune In Radio bagi pengguna iPhone atau Google Play bagi pengguna telefon android.

Terdahulu Najib mendengar taklimat daripada Umno bahagian Selayang, Gombak, Subang, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti-parti komponen BN. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Salamm Boss... Hebat Blog Boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog boss.. Terima Kasehhh Boss...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.