Ahad, 13 Januari 2013

Isu Air Selangor Selesai Jika BN Diberi Mandat Semula

    5:30:00 PTG   No comments


Semenyih: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan krisis air di Selangor sebaik mendapat mandat rakyat negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Beliau yang sedih melihat kesusahan penduduk akibat krisis itu, menegaskan, masalah itu mesti diatasi kerana akses kepada air berkualiti adalah hak asasi setiap manusia.

Bidas kerajaan PKR
 
Perdana Menteri membidas kerajaan PKR Selangor yang sentiasa menyalahkan pihak lain tanpa menyelesaikan masalah itu, sedangkan persoalan air terlalu berharga untuk dipolitikkan.
Pelabur tunggu hendak buka kilang di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air ini. Pemaju hartanah hendak buka kawasan perumahan juga tertangguh. Sebab itulah kita jangan main politik. Ini bukan permainan politik, ini adalah mengenai survival rakyat," - Datuk Seri Najib Razak
“Kita hendak balik Selangor kerana sudah ada banyak masalah di negeri ini. Masalah air tidak selesai... mereka asyik tuding jari menyalahkan SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) serta BN, tetapi ini bukan cara dan masanya.

Usah tertipu 'janji Kampung Buah Pala': Najib

“Kita hendak membuka stesen pam tambahan, mereka tidak beri kelulusan. Kita hendak melaksanakan (Loji Rawatan Air) Langat 2, mereka tidak bagi ‘development order’.

“Masalah sekarang hanya secebis berbanding apa yang akan berlaku pada 2014 di mana malapetaka lebih serius bakal menimpa negara kita, khususnya di Lembah Klang... Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jika kita tidak menyelesaikan masalah air ini,” katanya pada program Mesra Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco, Rinching di sini, semalam, anjuran Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Selangor itu.

Selain menyukarkan kehidupan rakyat, Najib berkata, krisis air di Selangor jika tidak diselesaikan mungkin akan menyebabkan pelaburan berbilion-bilion ringgit di negeri itu juga terbantut.

“Saya sedih tengok penduduk di flet, orang termengah-mengah hendak mengangkat baldi air sampai tingkat atas. Orang muda mungkin boleh, tetapi kalau tua... berumur 70 tahun, bagaimana hendak angkat baldi itu. Susah rakyat... hendak mandi dan buat apa pun memerlukan air.

“Pelabur tunggu hendak buka kilang di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air ini. Pemaju hartanah hendak buka kawasan perumahan juga tertangguh. Sebab itulah kita jangan main politik. Ini bukan permainan politik, ini adalah mengenai survival rakyat,” katanya.

Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat supaya jangan lagi tertipu dengan janji kosong pakatan pembangkang pada PRU-12 yang dilabelkan sebagai ‘janji Kampung Buah Pala’, antara lain bantuan sebanyak RM600 sebulan untuk ibu tunggal di Selangor dan pemberian air percuma yang tidak ditunaikan.

“Oleh itu, kita perlu mandat besar dan kukuh supaya ada kekuatan melakukan pembaharuan serta membela rakyat berdasar gagasan dan semangat 1Malaysia. BN kerajaan bertanggungjawab. Demi masa depan, kelangsungan dan kecemerlangan negara serta cucu-cicit kita, pastikan BN kekal di Putrajaya dan empat negeri yang kita kalah itu balik ke pangkuan BN,” katanya
 

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.