Ahad, 13 Januari 2013

Kekalkan BN Di Putrajaya, Kita Ubah Kerajaan PR Selangor: Najib

    3:58:00 PTG   No comments


KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat Selangor supaya mengubah kepimpinan kerajaan negeri ini kepada Barisan Nasional (BN) selain mengekalkannya sebagai kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Jangan ubah kerajaan Persekutuan, ubah kerajaan negeri (Selangor). Kita ubah (kerajaan) di Selangor, kekalkan BN di Putrajaya," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Pesta Ponggal 2013 di Padang Cetti, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, jika pembangkang mengajak rakyat mengubah kerajaan, rakyat Selangor sudah pun berbuat demikian dengan memilih kepimpinan pakatan pembangkang sebelum ini.
 
Namun, beliau meminta rakyat Selangor untuk menilai sama ada pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang itu benar-benar boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka termasuk masyarakat India di negeri ini.

Perkara itu ketara apabila kerajaan pakatan pembangkang gagal menyelesaikan banyak masalah di Selangor seperti bekalan air bersih dan kutipan sampah selain tidak mengotakan banyak janjinya dalam Manifesto Pilihan Raya 2008. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.