Khamis, 10 Januari 2013

Kalimah Suci Allah Hak Mutlak Untuk Umat Islam

    5:54:00 PTG   No comments


Agama lain tak boleh menggunakan uruf yang terkandung dalam al-Quran

Uruf ialah perkara kebaikan, amalan atau percakapan sesuatu kaum yang menjadi kebiasaan mereka. Uruf atau adat kebiasaan tidak wujud melainkan apabila uruf itu benar-benar berlaku di tempat tertentu ataupun biasa berlaku di mana sebahagian besar penduduk mengerjakan uruf ini.
Fuqaha secara umum dan ulama Mazhab Hanafi khususnya menggunakan uruf sebagai timbangan yang cukup besar dalam penetapan hak atau penafiannya dalam kalangan orang ramai pada pelbagai segi sama ada dari sudut muamalat atau urusan lain.

Sesungguhnya Allah SWT adalah satu, tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya, tidak ada bandingan yang setara dengan-Nya, tidak ada pengawal, tidak ada penasihat, tidak ada penolong dan tidak ada pemberi syafaat kecuali dengan izin-Nya. - Ibn Qayyim al-Jauziyah menerusi kitabnya ‘Hidayatul Hayari Fi Ajwibatil Yahud wa al-Nasara’

Menganggap uruf dan adat sebagai asas penting dan sumber yang luas bersandarkan kaedah fiqhiyyah yang menyebut adat sebagai hukum. Maknanya, adat yang umum atau khusus menjadi hukum bagi mensabitkan hukum syarie yang tiada nas atas ada khilaf dengan khususnya itu.

Jika tiada nas yang menyalahinya pada asal atau ada tetapi bersifat umum, maka adat itu boleh diiktibar mengikut penerangannya. Uruf balad (setempat atau negeri tertentu) juga boleh diambil kira sebagai perundangan yang sewajarnya diterima pakai.

Di Malaysia dan seluruh dunia, secara umum dan khususnya perkataan serta penggunaan kalimah suci Allah SWT secara automatik terus merujuk kepada agama Islam.

Apabila disebut agama Islam, maka difahami bahawa kalimah suci Allah SWT adalah hak mutlak umat Islam sama ada dari segi pengtauhidan, penggunaan, pengamalan, penghayatan, perubatan, pembelajaran, perhiasan dan lain-lain.
Semuanya ini akan dibawa dan dilaksanakan oleh umat Islam dalam kehidupan harian mereka, khususnya dalam ibadat.

Uruf di Malaysia secara rasminya telah membuktikan kalimah Allah SWT merujuk kepada agama Islam dan tidak merujuk agama lain khususnya agama Kristian. Oleh itu, penggunaan kalimah Allah SWT hanyalah untuk umat Islam saja.

Ini kerana sudah menjadi kelaziman, kebanyakan rumah masyarakat Islam di Malaysia dihiasi kalimah suci Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW manakala masyarakat Kristian tidak melakukannya.

Masjid dan surau sebagai rumah ibadat umat Islam dihiasi dengan ayat dan perkataan suci Allah SWT, manakala masyarakat Kristian tidak melakukan di rumah ibadatnya. Restoran dan kedai makan juga menghias premis dengan kalimah suci Allah SWT sebagai tanda ia dimiliki umat Islam.

Malah, ada juga restoran dan kedai makan bukan Islam yang sanggup menipu dengan menghiasi premis mereka dengan kalimah suci itu. Tujuannya, untuk memberitahu itu kedai orang Islam dan bagi menarik pelanggan Islam.

Ini bukti bukan Islam juga tahu kekuatan kalimah Allah yang memberi keyakinan kepada umat Islam.

Lihatlah betapa besarnya pengaruh kalimah suci Allah SWT yang menunjukkan ia merujuk kepada agama Islam dan umat Islam, bukannya kepada penganut agama Kristian.

Dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira demi kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum serta agama. Setiap warga negara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

Kajian dalam Bible, agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah, sebaliknya mereka menggunakan God, Jesus dan Lord. Namun, kalimah Allah digunakan dalam setiap halaman dalam al-Quran.

Sekalipun ada yang berhujah menyatakan kalimah Allah terdapat dalam Bible terjemahan bahasa Arab, namun ia tidak boleh dijadikan sandaran untuk mengharuskan penggunaan lafaz suci ini kepada orang Kristian kerana perkataan Allah tidak pernah terdapat dalam bahasa asal penulisan Bible.

Eli dalam bahasa Hebrew

Sebaliknya perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada maksud Tuhan dalam bahasa Hebrew ialah Eli. Ini dapat diperhatikan menerusi dalil daripada kitab Bible pelbagai bahasa yang tetap mengekalkan kalimah Eli.

Jelaslah kalimah Allah tidak pernah terdapat dalam bahasa asal Bible dan tidak wajar sama sekali digunakan lebih-lebih lagi ia menyalahi uruf di Malaysia.

Ibn Qayyim al-Jauziyah menerusi kitabnya ‘Hidayatul Hayari Fi Ajwibatil Yahud wa al-Nasara’ menegaskan ciri Allah bagi agama Islam berbanding Kristian sebagai menjelaskan perbezaan maksud lafaz Allah bagi kedua-dua agama.

Kelirukan umat Islam

Sesungguhnya Allah SWT adalah satu, tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya, tidak ada bandingan yang setara dengan-Nya, tidak ada pengawal, tidak ada penasihat, tidak ada penolong dan tidak ada pemberi syafaat kecuali dengan izin-Nya.

Dia tidak mempunyai bapa, anak, keturunan, isteri dan tidak mempunyai kesamaan dengan selain-Nya. Dia Maha Kaya dengan zat-Nya, tidak makan, tidak minum dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

Daripada logik akal, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, biarpun dari segi hukum membenarkan agama 'samawi' seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu.

Prof Syed Mohd Naquib al-Attas menyebut: “Bahasa membayangkan hakikat kewujudan. Menyeludupkan kefahaman kunci yang asing pada sesuatu bahasa membabitkan bukan semata-mata hanya menterjemahkan kata-kata, bahkan lebih mendalam kesannya, ia juga membabitkan penterjemahan rupa cipta perlambangan yang dimiliki oleh sistem besar pandangan alam asing yang tiada bersesuaian dengan pandangan alam yang ditayangkan oleh bahasa yang ke dalamnya faham itu diseludupkan.”
- Penulis ialah pensyarah dan penyelaras Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.