Isnin, 4 Mac 2013

Anwar Tidak Kisah Negara Porakperanda, Janji BN Kalah

    11:04:00 PTG   5 comments

anwar-taja-m16

Kemelut berdarah yang sedang melanda Lahad Datu ketika ini telah mengundang pelbagai persepsi dari pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pembangkang. Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas kerajaan BN/Umno khususnya Datuk Seri Najib bagi menambahkan sentimen kebencian rakyat yang telah ditanam sejak sekian lama.

Tidak cukup dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakan, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandirawa Umno, malah ada di kalangan penyokong mereka yang tergamak menghina wira negara yang terkorban dengan kata-kata kesat seperti mati katak, anjing kerajaan dan sebagainya.

Sebelum kita membuat pelbagai andaian berhubung tragedi ini, ada baiknya kita meneliti analisa yang dikeluarkan oleh pemerhati politik dalam dan luar negara berhubung isu ini. Mereka berpendapat tindakan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan perjumpaan bersama pemimpin utama Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari adalah bertujuan untuk mempengaruhi tentera kerajaan Sulu agar datang ke Sabah.

Analisa itu juga berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Reuters dan agensi perisikan tentera Filipina sebelum ini. Mereka antara lainnya mendakwa Anwar adalah merupakan dalang utama terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pencerobohan bersenjata.

Namun yang menjadi persoalan utama ialah, mengapakah Anwar tergamak melakukan pengkhianatan tersebut? Ini adalah disababkan kerana, menurut analisa tersebut, pakatan pembangkang tidak mempunyai keyakinan terhadap sokongan rakyat Sabah untuk menolak kerajaan BN/Umno.

Dan sekiranya sokongan rakyat Sabah gagal diperolehi, ia sekaligus bakal menyebabkan impian Anwar untuk merampas Putrajaya hancur berkecai dan bakal menjadi mimpi ngeri buat dirinya. Oleh yang demikian strategi ‘matlamat menghalalkan cara’ perlu digunapakai dalam berdepan dengan dilema ini.

Secara keseluruhan Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen, dan pakatan pembangkang dikatakan hanya mampu mencapai kemenangan untuk kerusi Kota Kinabalu. Selebihnya masih lagi samar kerana beberapa faktor seperti jarak kawasan yang luas, pecahan pengundi dan sebagainya. Tanpa sebarang kepastian untuk menembusi kubu kuat BN/Umno ini, sudah pasti Awar tidak berani untuk memperjudikan nasibnya.

Maka sesuatu perlu dilakukan agar huru-hara dapat tercetus di Sabah dan sekaligus memaksa pemerintah untuk mengadakan darurat. Sekiranya Sabah telah diletakkan di dalam keadaan darurat, ia sedikit sebanyak dapat menghalang negeri di Bawah Bayu itu dalam menghadapi proses pilihanraya umum.

Dengan cara itu, kerajaan BN/Umno perlu menjalankan pilihanraya yang berasingan di Sabah sekaligus membolehkan Anwar untuk memberikan tumpuan dan fokus yang menyeluruh hanya di kerusi-kerusi yang boleh ditembusi dan memastikan BN kalah di dalam PRU13. Untuk mengelakkan dari menjadi tumpuan serangan, Anwar mengunakan isu pemberian kad pengenalan sabagai ‘escape point’ dalam perancanagn jahatnya itu.

Tidak ketinggalan juga, rakyat Sabah berketurunan Sulu pada ketika ini dianggarkan hampir 60 ribu orang. Oleh yang demikian, serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara terhadap penceroboh bersenjata, sekaligus mampu mengundang simpati rakyat Sabah dan seterusnya marah dengan tindakan pemerintah.

Pendekatan serampang dua mata ini, dilihat akan mampu memberikan kekuatan sokongan terhadap Anwar dalam memastikan usaha untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Begitulah telitinya perancangan Anwar dalam  memastikan obejktifnya tercapai dan terlaksana.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. Anwar dah tersilap langkah kali ini. Dia sebenarnya mengajak puak sulu ni dtg dgn 1 sbb saja. Cuba fikir..kenapa semasa mereka sampai saja setelah berbincang, mereka mengatakan hendak berjumpa dgn seorang 'pesonaliti'? Anwar lah orgnya. Nah..itu mmg sudah dirancang oleh anwar.

    Jestru, jika anwar hari itu dibenarkan berjumpa dgn mereka, nescaya mereka akan pulang dgn aman. Namun, polis tidak mengizinkan permintaan mereka. Jika tidak, hari ini anwar akn mengatakan, beliau adalah HERO dlm menyelesaikan isu tersebut. Kerajaan tidak berupaya serta lemah..itulah tektik anwar yg jijik.

    Allah mengetahui isi hatinya. Keadaan jadi sebaliknya. kalo tidak, hari ini penyokong2nya akan menjulang anwar sebagai WIRA negara yg direkanya.

    Persoalan kpd sultan sulu pula, kenapa begitu BODOH mempercayai anwar? Mudah sekalikah memberi sesebuah negeri atau negara seperti mengembalikan kereta atau rumah? Apakah dgn kuasa sebagai PM akan begitu mudah dia menyerahkan Sabah begitu saja tanpa tentangan dari penduduk Sabah itu sendiri? Mustahil bukan? Jika saja org sulu blh berfikir sejenak, pasti mereka tahu bahawa mereka sebenarnya telah tertipu dgn sandiwara anwar. Pengroban mereka hanyalah sia-sia. Mereka tidak tahu yg sebenarnya, Anwar hanya ingin mendapatkan NAMA yang GAH sekiranya isu LD ini dgn rundingan dari dia sendiri.

    Mereka telah menjadi BONEKA yg disusun atur oleh manusia Berhati SYAITAN dan berjiwa YAHUDI.

    BalasPadam
  2. teori ini bukan setakat masuk akal, malah amat logik. oleh kerana kurangnya orang sulu mempelajari dan mengenali siapa anwar ibrahim ini, maka dengan mudah mereka dijadikan KAMBING HITAM utk menjayakan cita2 politik binatang. anwar sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat sulu dgn janji bulan bintang sehingga akhirnya terkorban kerana termakan hasutan sang iblis...

    BalasPadam
  3. siap tak kenal si kaki jubur ni? lidah putar belit, pijak kepala orang untuk naik di atas. walau pun tak ada bukti kukuh, si sial ni memang ada memainkan peranan.

    BalasPadam
  4. Inilah kitol zaman moden..tak boleh nak ditegur sikit, mintak bantuan luar..aku ingat negara jahanam pun dia buat tak tahu..kat sana nanti ko jawablah petualang negara!!!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.