Inilah yang rakyat semua nanti dan mahukan..Melihat pada keadaan semasa di Sabah yang tidak menentu tahap keselamatanya, kini sudah tiba masanya pihak tentera mengambil alih tugas mengawal suasana serta keselamatan penduduk di kawasan yang terlibat dengan insiden pencerobohan ini.
Semoga dengan kehadiran unit Rejimen Askar Melayu Diraja ini dapat membantu PDRM mengekang pergerakan pengganas Sulu ini supaya tidak terlepas dari kawalan seterusnya mengancam nyawa dan keselamatan penduduk setempat.
Wak sangat yakin, dengan adanya campurtagan dari pihak tentera dalam menagani isu pengganas di Sabah ini, segala kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Sabagai rakyat Malaysia, wak menyeru pada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian agar terus berdoa dan memberi sokongan kepada anggota keselamatan negara agar misi yang dilaksana berjaya tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa. InsyAllah.
KOTA BAHARU: Sekumpulan anggota tentera 21 Rejimen Askar
Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berlepas ke Sabah
sebagai batalion tambahan untuk menangani krisis pencerobohan pengganas
Sulu di Lahad Datu dan Semporna.
Suasana pilu kelihatan di kalangan anggota keluarga yang menghantar
anggota tentera itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan
Chepa di sini. "Ya Allah, selamatkanlah ayah kami," doa dua
adik-beradik, Mohammad Faris Aiman Mohd Faizul Anuar, 6, dan Arisya
Sofia, 4, melalui telefon bimbit ketika bercakap dengan bapa mereka, Kpt
Mohd Faizul Anuar Fazil.
Siti Nor Juliana Ismail, 28, isteri kepada Koperal Ismail Ibrahim,
31, berkata beliau berasa berat hati melepaskan suaminya namun faham
tanggungjawab yang dipikul suaminya demi menjaga keselamatan negara.
Beliau yang berasal dari Pasir Tumboh, di sini, berharap keadaan di Sabah berakhir dengan segera.
Sarimah Othman, 34, isteri kepada Mejar Zaki Kadir berkata
perasaannya tidak menentu selepas mengetahui suaminya diarah ke Sabah
sebagai anggota tambahan menjaga keselamatan negara.
"Perasaan saya menjadi bimbang, sedih mengenangkan anak-anak yang masih kecil. Saya harap suami pulang dengan selamat," katanya.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dilaporkan
berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap
keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dikerah hari ini
ke beberapa lokasi di sekitar pantai timur Sabah.
Krisis pencerobohan telah mengorbankan tujuh anggota polis dalam
insiden berasingan Jumaat lepas di Lahad Datu dan malam tadi di
Semporna.
Dilaporkan sehingga ini 15 orang pengganas Sulu terbunuh, termasuk
seorang yang dilapor dibelasah setelah mengancam penduduk sebuah kampung
di Semporna.-BERNAMA
Semoga Allah memberikan kemenangan buat para wira dan pejuang kita menentang lanun penceroboh. Allahuakhbar, ini kalilah!
BalasPadamThe Warrior We Salute!!!
pengkhianat negara juga patut dihapuskan juga
BalasPadamRAMD... kami doakan pemergian kalian dgn dipanjatkan doa kehadrat Allah SWT semoga beroleh kejayaan agar penceroboh dan pengkianat negara dapat dihapuskan. Amin, Ya Allah!
BalasPadambawak masuk kereta kebal sekali
BalasPadamtembak semua sampai mati.jangan bagi peluang.selamat berjuang .........
BalasPadam