Ahad, 3 Mac 2013

RAMD Siap Sedia Gempur Pengganas Sulu Di Sabah

    11:00:00 PTG   5 comments

ramd-tempur-pengganas-sulu

Inilah yang rakyat semua nanti dan mahukan..Melihat pada keadaan semasa di Sabah yang tidak menentu tahap keselamatanya, kini sudah tiba masanya pihak tentera mengambil alih tugas mengawal suasana serta keselamatan penduduk di kawasan yang terlibat dengan insiden pencerobohan ini.

Semoga dengan kehadiran unit Rejimen Askar Melayu Diraja ini dapat membantu PDRM mengekang pergerakan pengganas Sulu ini supaya tidak terlepas dari kawalan seterusnya mengancam nyawa dan keselamatan penduduk setempat.

Wak sangat yakin, dengan adanya campurtagan dari pihak tentera dalam menagani isu pengganas di Sabah ini, segala kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Sabagai rakyat Malaysia, wak menyeru pada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian agar terus berdoa dan memberi sokongan kepada anggota keselamatan negara agar misi yang dilaksana berjaya tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa. InsyAllah.

rejimen-askar-melayu-tempur

KOTA BAHARU: Sekumpulan anggota tentera 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berlepas ke Sabah sebagai batalion tambahan untuk menangani krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

Suasana pilu kelihatan di kalangan anggota keluarga yang menghantar anggota tentera itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini. "Ya Allah, selamatkanlah ayah kami," doa dua adik-beradik, Mohammad Faris Aiman Mohd Faizul Anuar, 6, dan Arisya Sofia, 4, melalui telefon bimbit ketika bercakap dengan bapa mereka, Kpt Mohd Faizul Anuar Fazil.

Siti Nor Juliana Ismail, 28, isteri kepada Koperal Ismail Ibrahim, 31, berkata beliau berasa berat hati melepaskan suaminya namun faham tanggungjawab yang dipikul suaminya demi menjaga keselamatan negara.

Beliau yang berasal dari Pasir Tumboh, di sini, berharap keadaan di Sabah berakhir dengan segera.
Sarimah Othman, 34, isteri kepada Mejar Zaki Kadir berkata perasaannya tidak menentu selepas mengetahui suaminya diarah ke Sabah sebagai anggota tambahan menjaga keselamatan negara.

"Perasaan saya menjadi bimbang, sedih mengenangkan anak-anak yang masih kecil. Saya harap suami pulang dengan selamat," katanya.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dilaporkan berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dikerah hari ini ke beberapa lokasi di sekitar pantai timur Sabah.

Krisis pencerobohan telah mengorbankan tujuh anggota polis dalam insiden berasingan Jumaat lepas di Lahad Datu dan malam tadi di Semporna.

Dilaporkan sehingga ini 15 orang pengganas Sulu terbunuh, termasuk seorang yang dilapor dibelasah setelah mengancam penduduk sebuah kampung di Semporna.-BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. Semoga Allah memberikan kemenangan buat para wira dan pejuang kita menentang lanun penceroboh. Allahuakhbar, ini kalilah!

    The Warrior We Salute!!!

    BalasPadam
  2. pengkhianat negara juga patut dihapuskan juga

    BalasPadam
  3. RAMD... kami doakan pemergian kalian dgn dipanjatkan doa kehadrat Allah SWT semoga beroleh kejayaan agar penceroboh dan pengkianat negara dapat dihapuskan. Amin, Ya Allah!

    BalasPadam
  4. bawak masuk kereta kebal sekali

    BalasPadam
  5. tembak semua sampai mati.jangan bagi peluang.selamat berjuang .........

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.