Ahad, 3 Mac 2013

Selepas Lanun Sulu, Giliran Anwar Pula Bakal Dibelasah Penduduk Sabah Sampai Mati

    7:38:00 PTG   No comments

anwar-dalang-lahad-datu

Tanpa sebarang AMARAN diberi..tindakan sekumpulan penduduk memukul sehingga mati seorang lelaki yang disyaki lanun Sulu memang wajar dipuji di atas sifat berani yang ditunjukkan walau keadaan pada waktu itu amat berisiko.

Tindakan penduduk kampung membelasah hingga mati lanun Sulu itu juga patut dijadikan peringatan buat Anwar dan juga pemimpin Pembangkang di Sabah yang terlibat dalam rancangan pencerobohan ini agar tidak bertindak mengikut sesuka hati mereka.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, rakyat Sabah perlu bangkit bersama dengan pihak keselamatan menentang habis-habisan segala anasir subversif yang cuba menimbulkan keadaan huru-hara dan tidak tenteram di negara ini.

Tahniah kepada penduduk Kg Senallang Lama, keberanian anda wajar menjadi contoh ikutan kepada penduduk kampung lain terutama yang tinggal bedekatan di kawasan berlakunya pencerobohan kerana hal begini boleh berlaku tanpa dijangka. Paling penting sekali, utamakan keselamatan diri dan keluarga sebelum melakukan sebarang tindakan.

org-kampung-belasah-lanun-sulu

SEMPORNA - Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata, selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa ‘saya yang menembak polis malam tadi’.

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata, penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata, lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd. Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.