Ahad, 3 Mac 2013

Lagi Polis Ditembak Mati, Menteri KDN Perlu Letak Jawatan Segera

    12:35:00 PG   9 comments

HISHAM KDN

Apa punya lembablah Menteri KDN Malaysia ni..Rakyat sudah naik muak, sampai bila nak bagi AMARAN!...Kasi serang lah!

Harap Najib dapat mengkaji semula kedudukan sepupunya itu dalam jawatan kabinet sekiranya BN menang lagi pada PRU13 akan datang.

Wak J

KUALA LUMPUR - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
9 ulasan:
Write comments
  1. kerismuddin? ada ke tak ada ...sama saja !

    aku nak tengok muka dia pun menyampah ! lemah ..lembab, tiada karisma , tiada satu pun yang boleh dibanggakan dengan Hishamuddin !!

    BalasPadam
  2. muka pondan.. letak jawatanlah cepat, amaran pas tu amaran pas tu amaran lagi... nyawa polis kian banyak melayang..

    BalasPadam
  3. wei bung mokhtar (takkan berkepi zizi eztte aja) ..sapie apdal, mana korang pegi ha masa krisis mcm ni.....? jgn tido bah...

    BalasPadam
  4. TIMES UP FOR KDN MINISTER. TO MANY BLUNDER. TIADA MAAF BAGI MU. TIME FOR YOU THE RAISE UP THE WHITE FLAG. WE DONT RESPECT YOU ANYMORE. PLEASE RESIGN. TAK MALU KE. RAMAI LAGI YANG BERKLIBER UNTUK MENJADI MENTERI KDN. WE ARE SICK OF YOU.

    BalasPadam
  5. TAK ADAKAH RAKYAT MALAYSIA YANG LEBEH LAYAK DAN BERKAMPUPUAN UNTK MENJALANKAN TUGAS MENTERI KDN SELAIN DARI KRISMUDDIN NI

    BalasPadam
  6. Bro nak cari salah orang senang jer bro. tapi kalau Lu ada kat tempat tu. gua rasa lagi hampas....

    Lu orang ingat lu orang muka bagus sangat ke.Apa salah bagi pendapat yang membina dan bersopan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak hanya pemerhati bebas yg mempunyai perasaan dan juga emosi..lagi pun blog ini diwjudkan bkn bertujuan untuk 'menjilat' mana2 pemimpin...harap jelas..

      Padam
  7. BANYAK KOMEN2 DIPANTAU DAN TIDAK DISIARKAN. KALAU TAK NAK DIKOMEN TOLONG HAPUSKAN RUANGAN INI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tak dikomen..cuma untuk mengelak dari komen berbentuk spam yg terlalu banyak menjarah blog ini...buat sementara waktu terpaksa dimoderate terlebih dahulu..

      lagi pun wak bz dgan urusan lain, harap maaf kalau komen sedara2 sekalian lambat keluar..

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.