SABAK BERNAM: Penganjur majlis Hi-Tea bersama
penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di
Parlimen Sabak Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini
meminta orang ramai yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai
majlis itu.
Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli kupon
berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang
bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.
Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR, turut hadir.
Sebaik majlis bermula, pihak penganjur membuat pengumuman bahawa
sesiapa yang tidak membayar kupon RM20 tidak dibenarkan duduk di meja
bulat serta memaklumkan kupon mereka yang hadir di situ akan disemak.
Berikutan itu tidak semua penduduk yang hadir membayar kupon,
sebaliknya sanggup berdiri dan bersandar di kenderaan masing-masing.
Hanya sebahagian sahaja daripada 1,000 kerusi dan meja yang
disediakan dipenuhi manakala yang lain hanya mengambil kerusi tambahan
dan duduk di luar khemah.
Pihak penganjur juga didapati hanya menyediakan beberapa jenis kuih
dan minuman yang nilainya dikatakan tidak setimbal harga kupon yang
dibayar.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengulangi janji untuk
menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada bulan depan.
Beliau turut mendakwa kononnya BN Selangor sudah ketandusan modal
kerana hanya mampu menciplak manifesto pakatan pembangkang berhubung
pemberian air percuma di Selangor. - BERNAMA
nak bantu rakyat..? nak minum dgn pemimpin pun kena bayar... tapi sebuk kata nak bantu rakyat... hampehhhh...
BalasPadamnaik jet peribadi bleh plakkk.... ni nak minum pon kene cas...tuiii
BalasPadamAl-Juburi memang kedekut nak mampus....tapi ok plak bila dgn Cina doll & pasangan Gay-nya tu...
BalasPadamAla..Al Jub tu tau bahawa sesungguhnya org2 PAS tu bodoh mcm nik ajis jugak. Otak dia org kosong mcm lambang parti dia org tu..
BalasPadamanon 12:56 am
BalasPadamsetuju sangat. pemimpin pas dan cai dengan kebodohan memang sinonim. nak minum dengan pemimpin pun kena charge.apa punya papa kedana sangat ke parti dan pemimpin depa ni. duit penyokong pun nak kebas. yg penyokong aka cai depa ni pun satu rm20 hanya nak minum dengan pemimpin. sepatutnya pemimpin tu yang belanja hangpa semua ni terbalik. masih gak tak boleh pk. ini ke golongan yang nak perintah negara?. cari duit tak tau. yang tau pau duit orang je. hampas tara guna punya worang.