Selasa, 23 April 2013

Apa Punya Sengkek Daa...Bayar RM20 Jika Ingin Minum Bersama Anwar Dan Aziz Bari

    12:00:00 PG   5 comments

majlis-hi-tea-anwar

SABAK BERNAM: Penganjur majlis Hi-Tea bersama penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini meminta orang ramai yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai majlis itu.

Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli kupon berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.

Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR, turut hadir.

Sebaik majlis bermula, pihak penganjur membuat pengumuman bahawa sesiapa yang tidak membayar kupon RM20 tidak dibenarkan duduk di meja bulat serta memaklumkan kupon mereka yang hadir di situ akan disemak.

Berikutan itu tidak semua penduduk yang hadir membayar kupon, sebaliknya sanggup berdiri dan bersandar di kenderaan masing-masing.

Hanya sebahagian sahaja daripada 1,000 kerusi dan meja yang disediakan dipenuhi manakala yang lain hanya mengambil kerusi tambahan dan duduk di luar khemah.

Pihak penganjur juga didapati hanya menyediakan beberapa jenis kuih dan minuman yang nilainya dikatakan tidak setimbal harga kupon yang dibayar.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada bulan depan.

Beliau turut mendakwa kononnya BN Selangor sudah ketandusan modal kerana hanya mampu menciplak manifesto pakatan pembangkang berhubung pemberian air percuma di Selangor. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. nak bantu rakyat..? nak minum dgn pemimpin pun kena bayar... tapi sebuk kata nak bantu rakyat... hampehhhh...

    BalasPadam
  2. naik jet peribadi bleh plakkk.... ni nak minum pon kene cas...tuiii

    BalasPadam
  3. Al-Juburi memang kedekut nak mampus....tapi ok plak bila dgn Cina doll & pasangan Gay-nya tu...

    BalasPadam
  4. Ala..Al Jub tu tau bahawa sesungguhnya org2 PAS tu bodoh mcm nik ajis jugak. Otak dia org kosong mcm lambang parti dia org tu..

    BalasPadam
  5. anon 12:56 am
    setuju sangat. pemimpin pas dan cai dengan kebodohan memang sinonim. nak minum dengan pemimpin pun kena charge.apa punya papa kedana sangat ke parti dan pemimpin depa ni. duit penyokong pun nak kebas. yg penyokong aka cai depa ni pun satu rm20 hanya nak minum dengan pemimpin. sepatutnya pemimpin tu yang belanja hangpa semua ni terbalik. masih gak tak boleh pk. ini ke golongan yang nak perintah negara?. cari duit tak tau. yang tau pau duit orang je. hampas tara guna punya worang.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.