Isnin, 22 April 2013

PRU13: Jaminan Najib..Masalah Rakyat Selangor Selesai Jika BN Diberi Mandat

    9:27:00 PTG   2 comments

pru13-najib-kempen-selangor

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberi jaminan akan menyelesaikan pelbagai masalah yang menyelubungi Selangor dan memastikan negeri itu terus menjadi nadi utama pembangunan negara.

Najib berkata kegagalan utama kerajaan pakatan pembangkang dalam lima tahun ini ialah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah air yang menyebabkan rakyat sengsara selain memberi kesan dalam pembangunan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Dalam soal air, kita tengok mereka patut memberi tumpuan kepada satu penyelesaian tetapi mereka nak ambil alih syarikat bekalan air (Syabas). Mereka utamakan ambil alih syarikat. Mereka tidak mementingkan cara mana menyelesaikan air untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Ini tersasar fokusnya, ini tidak betul. Ini salah satu contoh kegagalan mereka, keutamaannya tak kena. Fokusnya tersasar dan mereka tidaklah layak (mentadbir), pihak yang layak patut diberi sokongan.

"Saya beri jaminan sebagai Pengerusi BN negeri Selangor bahawa keutamaan pertama kita ialah untuk menjamin bekalan air berterusan, untuk keperluan rakyat dan pembangunan Selangor," kata beliau ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Taman Sri Muda, di sini, Isnin.

Najib berkata kegagalan menyelesaikan isu air di Selangor akan membantutkan pembangunan negara secara keseluruhana kerana negeri itu menyumbang 60 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Justeru, beliau meminta rakyat negeri itu memberi mandat semula kepada kerajaan BN bagi memastikan pembangunan dan kejayaan yang telah dilakukan sebelum ini diteruskan semula.

Menurutnya, kelemahan dan ketidaksefahaman pakatan pembangkang juga jelas kelihatan setelah parti-parti dalam pakatan itu bertanding sesama sendiri pada pilihan raya umum kali ini.

"Kerajaan pakatan pembangkang yang tak boleh berpakat kerana mereka telah meletakkan calon antara parti di tujuh kerusi di seluruh negara. Ia jelas menunjukkan bahawa pakatan mereka itu sudah pun rapuh dan mungkin retak menunggu belah, kerana mereka tak boleh bersatu dan bersama," katanya.

Beliau juga berbangga dengan sokongan rakyat negeri itu terhadap BN meningkat.

"Saya berbangga dan melihat sentimen rakyat di Selangor ini jelas menjurus untuk menyokong BN. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat khususnya di Selangor telah dapat menilai bahawa masa depan mereka akan lebih baik lagi," katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN sekali lagi mengingatkan semua pemimpin dan anggota BN agar melupakan soal pemilihan calon dan menumpukan pada kemenangan calon yang mewakili BN.

"Bukan mudah menentukan siapa jadi calon, lebih susah daripada memilih menantu. Memilih calon amat sukar. Tetapi kita telah cuba buat yang terbaik. Saya berharap ketepikanlah kalau ada apa-apa perasaan.

"Jangan fikir soal jadi calon, tak dapat jadi calon, dunia ini gelap, tidak begitu. Masih ada hari esok untuk semua pihak," katanya.

Beliau juga memuji Aku Janji calon BN yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Raja serta DUN Sri Muda dan Seri Andalas untuk membawa perubahan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan itu.

Najib turut menunaikan solat Asar berjemaah dengan penduduk tempatan di Masjid Al-Falah dan kemudiannya sertai oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anak-anak mereka, Ashman Najib dan Nooryana Najwa Najib, minum petang bersama para penduduk kawasan itu di Plaza Sri Muda.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, calon BN bagi berusi Parlimen Kota Raja Datuk S. Murugesan, calon BN bagi kerusi DUN Sri Muda Mohd Abdul Raof Mokhtar dan calon BN bagi kerusi DUN Seri Andalas T Mohan. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Pewaris Legasi korup & kotor UMNO

    budaya politik kotor, fitnah, lucah umno juga sedang menular generasi baru ahli umno!

    Corak perbahasan politik ahli2 umno terlalu kebudak2an dan uncivilise ... mungkin generasi pejuang rakyat/ negara telah pupus terutama bila mahathir melancarkan "ethnic cleansing" terhadap semua yg bukan pengampunya dulu..... idealism umno sudah hilang kerana WANG! ahli2 baru hanya berjuang untuk projek, kontrak, subsidi, kedudukan, jawatan dan kepentingan diri sendiri... INDIVIDUALISTIK & MATERIALISTIK.. inilah PENYAKIT KRONIK SEBENAR umno!

    UMNO sudah hilang daya intelek & daya juang .. krisis moral yg kronik... semuanya berlumba sesama sendiri.. pijak memijak, cantas mencantas, fitnah menfitnah, lobi melobi, ...ada yg sampai tahap bunuh membunuh kerana POLITIK DIRI & WANG untuk PERIBADI!

    generasi pejuang era pra merdeka & awal pasca merdeka sudah TIADA.. tun razak, tun dr ismail, dato' harun idris, dato' senu, dato' jaffar albar, dll.... mereka sudah tiada pewaris perjuangan asal UMNO.... mungkin ada yg spesis terpinggir seperti Tengku Razaliegh hamzah yg telah dikembiri oleh Mahathir sebelum ini!

    UMNO sudah tidak relevan bagi rakyat & umat!

    Rumah UMNO hari ini dihuni oleh para penyangak, penyamun, penjenayah, lanun, penipu, perasuah, dll ...

    UMNO tak boleh lagi khayal dgn nostalgia lama mereka!
    Rumah UMNO sudah terlalu robek, kotor dan jijik....

    Bagi rakyat yg berjiwa murni & berjuang untuk rakyat dan negara tidak akan serasi dengan umno selama2nya.... lebih2 lagi yg berfikrah Islamis... umno cukup penuh dengan noda & dosa untuk dikongsi bersama.... untuk dibawa mengadap Allah SWT.

    "Bersubahat dgn UMNO"-- Palitan kedurjanaan umno sangat berat untuk dijawab di mahsyar nanti! Walaupun sekadar dua garis pencil untuk memangkahnya setiap 5 tahun.... effectnya sungguh besar bila MP2 UMNO/BN yg terlantik berusaha menjauhi/ persenda2kan perintah Allah & hidup dalam amalan syaitan! --- kita yg melantik, menyokong, membela, berhujjah untuk kedosaan UMNO juga tiada terlepas dari hukuman Allah nanti!

    Sebaik2nya... jauhi UMNO/BN,.. kita masih banyak pilihan yg diberi oleh Allah SWT untuk berpolitik, mengundi, melantik pemimpin.... mengapa perlu kita ikat diri secara bodoh kepada kemurkaan Allah?

    UMNO adalah liabiliti melayu & negara! Mereka yg ada hari ini bukan lagi dari generasi pejuang kemerdekaan... mereka golongan hypocrite opportunist yg menyamar pembela rakyat! Sebab itu rasuah & fitnah tak mampu dihapuskan oleh UMNO! -- akhirnya mahathir juga akui: "UMNO/BN adalah setan yg dikenali"

    Say no to UMNO/BN .. kita terlepas dari ikatan setan yg dikenali!

    BalasPadam
  2. Salam,

    Penyelesaian terhadap masalah air di Lembah Kelang haruslah berdasarkan fakta dan data-data. Sila baca kupasan saya dari sudut kejuruteraan awam dan hidrologi dalam,"memahami sistem perbekalan air di Lembah kelang dan projek langat 2 serta isu-isu berkaitan".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.