Khamis, 30 Mei 2013

Sama-Sama Babi Tapi Tak Sebulu

    11:01:00 PTG   4 comments

beruk-505-singapore
 
Pemimpin Pakatan Rakyat benar-benar terkedu apabila ditempelak oleh Singapura agar jangan masuk campur dalam hal-ehwal negara itu.  Singapura bertindak demikian apabila pemimpin PR, antaranya Nurul Izzah dan Teo Ni Ching, menghantar petisyen meminta kerajaan negara itu ‘berlembut’ terhadap 21 penyokong PR dari kaum Cina yang berdemonstrasi menentang keputusan PRU-13. 

Nampaknya PR telah tersalah congak akan hubungan parti itu dengan Singapura. 

Hakikatnya, Singapura hanya berminat untuk ‘menguasai’ Malaysia, bukannya berkawan dengan pemimpin parti politik Malaysia termasuk pembangkang, walaupun negara itu begitu ‘mesra’ pembangkang sebelum ini. 

Singapura terkenal dengan sikap ‘keras’ dan tidak bertolak ansur dengan sesiapa yang melanggar undang-undang.  Jika tidak takkanlah negara itu dirujuk sebagai ‘Negara Denda’ (Fine City). 

Kerajaan Singapura sentiasa memastikan bahawa mereka tidak dipermainkan oleh rakyat, apatah lagi rakyat negara lain. 

Maka jelaslah bahawa penyokong PR sememangnya terdiri dari manusia yang ‘kurang cerdik’ dengan sengaja mencari fasal di negara itu.   Mungkinkah mereka menyangka, Singapura yang dikuasai Cina akan berlembut terhadap kaum Cina juga? 

Sewajarnya, 21 penyokong PR yang terkinja-kinja berdemo di Singapura sambil menjerit-jerit sehingga kehabisan suara itu sedar apakah yang dipanggil ‘tiada kebebasan bersuara’ atau ‘tiada hak untuk ekspresi diri’ dengan sebenar-benarnya.  

Ketika berada Malaysia mereka mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja, termasuk menghamun Perdana Menteri secara konsisten dan giat sekali.  Mereka diberi hak berhimpun dan menghina kerajaan semahu-mahunya.  Malah, mereka juga boleh menyebar penipuan, menabur fitnah dan kebencian terhadap kerajaan tanpa diambil apa-apa tindakan.  Di Malaysia jugalah mereka memperoleh kekayaan sehingga mampu mendabik dada sebagai pembayar cukai terbanyak.  

Tetapi kini, mulut mereka ditutup oleh negara yang mereka jadikan idola sebagai terbuka dan lebih baik, iaitu Singapura.   Semuanya hanyalah kerana mereka ‘berhimpun secara aman’. 

Ironi sekali kerana Singapura sebelum ini telah didapati ‘menghantar wakil’ dalam Himpunan BERSIH dan Lynas di negara ini. 

Nampaknya, inilah yang pemimpin PR tidak faham, iaitu Singapura menyokong dan memberi bantuan kepada PR untuk membuat huru-hara di Malaysia sahaja, bukannya di negaranya. 

Tentu sekali, sokongan dan bantuan Singapura kepada PR itu ada sebabnya.  Dan sebabnya itu pula bukanlah kerana ingin memastikan rakyat negara ini ada hak kebebasan bersuara ataupun sekadar ‘suka-suka ingin melihat jiran huru-hara’ .  

Dari kesungguhan Singapura membantu Lim Kit Siang di Johor malah memberi berbagai bantuan kepada DAP termasuk dari segi kewangan, maka pastinya negara itu mempunyai sebab yang jauh lebih besar dari itu.  

Oleh itu, sebagai parti yang ingin sangat menjadi pemerintah di Malaysia, PR wajib mengetahui bahawa negara jiran itu tidak pernah melupakan cita-cita untuk menguasai negara ini.  

Jika PR gagal memahami perkara ini maka jelaslah bahawa PR tidak layak untuk menjadi pemerintah kerana mana mungkin negara dibiarkan diperintah oleh parti yang tidak dapat membaca niat musuh yang ingin menjajah? 

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Nurul Izza, Kit Siang dan geng2 mereka yang suka putar belit fakta dan tabur fitnah terhadap kerajaan, sekiranya mereka jadi pembangkang diSingapura memang sudah lama mereka ini dicabut taring mereka malah mereka akan 'terkubur' belum sempat buat himpunan pun. Kerajaan Malaysia terlalu berlembut kerana itu bangsat2 ini berani.

    BalasPadam
  2. Kenapa lah kerajaan Malaysia tak setegas sprt Singapura..

    BalasPadam
  3. Kerajaan dah diberi mandat menjaga keamanan negara.bertindaklah dgn cepat sblum tanah melayu yg aman ini hancur dgn tindakan pengkhianat .pasukan keamanan kna bergerak pantas serta tegas dan jalankan tugas yg diamanatkan.ramai rakyat terutama org melayu mahukan tanah melayu ini selamat dari anasir puaka jahat.Takbir

    BalasPadam
  4. Hentikan huru hara.tangkap ketua pencetus yg merosakan keaman.melayu kna sedar dan bersatu.tanah melayu di rampas cara terancang.org melayu dimusnahkan segala hak.kukuhkan dan pertahankan perlembagaan kerana hanya tinggal itu saja yg melindungi hak org melayu.naikan ekonomi org melayu.puak puaka kini dgn terancang cuba menghapuskan org melayu dr segi ekonomi.kini jembalang puaka ini pulak nak merampas tanah melayu.kemanakah anak cucu dan org muda anak melayu akan pergi jikalau tanah melayu ini bukan lagi hak melayu.negara melayu hanya ini saja.jangan pulak tanah melayu hilang dalam peta dunia.hidup tanah melayu.bersatu org melayu.Takbir.Allah......
    Allah.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.