Isnin, 20 Mei 2013

Zahid Baru Tunjuk Belang, Anwar Dah Terkangkang...

    11:40:00 PTG   3 comments

zahid-hamidi-kdn

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Wak J: Ketegasan pemimpin sebegini lah yang rakyat mahukan. Baru lah puak-puak Pembangkang rasa takut dan tidak lagi berani mengayam-ayamkan pihak berkuasa terutamanya pihak Polis serta amaran yang di keluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jika dulu masa Hishamuddin jadi menteri KDN boleh lah Pembangkang perkotak-katikan segala amaran yang dia beri, tapi sekarang tidak lagi. Baru buku bertemu ruas dan Anwar kini bertemu dengan lawanya yang sebenar.

Kuasa kini sudah berada dalam genggaman, sekarang lah masa yang sesuai bagi pihak KDN dan juga polis bertindak mencantas segala tunas-tunas kejahatan yang  cuba disemai Pembangkang dalam minda rakyat negara ini bagi tujuan untuk menimbulkan keadaan huru-hara.

Kepercayaan rakyat Malaysia yang sangat cintakan keamanan dan keharmonian kini tergalas dibahu  Zahid Hamidi selaku menteri KDN yang baru. Diharap dengan ketegasan yang dipamerkan hari ini tidak akan berhenti setakat di situ sahaja.

Rasanya, tempoh masa lima tahun sudah cukup buat Zahid Hamidi mengembalikan semula keamanan negara ini seperti sediakala sebelum Anwar keluar dari penjara. Sokongan padu dari rakyat telah diberi..Inilah masanya untuk kita hapuskan segala pengkhianat negara dan petualang bangsa. Jangan biar satu pun terlepas!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Amaran !! Jan main dgn menteri KDn yg baru tau !!

    BalasPadam
  2. padan muka dia..zahid ganyang mereka semua..

    BalasPadam
  3. main-main kepala bapak ni nuar aljubori yang start dulu....ha skrg zahid dah bls balik padan la muka...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.