Jumaat, 14 Jun 2013

Gerai Melayu Tepi Jalan Di Selangor Kena Roboh, Nak Simpati Atau Gelakkan Aje?

    10:00:00 PG   18 comments


Wak J: Tindakan belas ehsan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merobohkan gerai milik orang Melayu yang tidak memiliki permit ini wajar diberi pujian dan kalau boleh usaha meroboh gerai milik orang Melayu ini perlu diperluas lagi. Tahniah Khalid Ibrahim!

Macam inilah cara yang betul untuk mengajar orang Melayu agar berniaga secara sah. Jangan peduli keluhan atau rintihan penianga tanpa permit ini walau mereka merayu atau mengadu sudah lama berniaga kecil-kecilan di tepi jalan untuk menyara keluarga kerana tak mampu membayar sewa premis perniagaan yang mahal.

Seorang peniaga yang ditemui, Lidia Amiruddin, 48, berkata, dia berniaga nasi lemak di situ sejak enam tahun lalu tetapi hanya memperoleh permit untuk tiga tahun pertama.

Beliau mendakwa MPS pilih kasih dalam operasinya dan tidak merobohkan semua gerai tepi jalan yang berada di kawasan itu.

Seorang lagi peniaga bernama Azman Daud, 38, mendakwa MPS tidak mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing di kawasan itu yang di dakwa juga berniaga di tepi jalan - Media Selangorku

Ketegasan yang ditujukan ini oleh MPS ini terhadap peniaga Melayu yang menjaja di tepi jalan tanpa permit ini wajar jadi contoh ikutan kepada PBT yang lain. Peniaga Melayu yang mengusahakan gerai secara haram ini wajar diperangi habis-habisan.

Sebagai penduduk Selangor, sokongan tak berbelah bahagi diberi kepada seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri dan juga Menteri Besarnya kerana kali ini  mereka betul-betul buat kerja sejak memenangi PRU13 lepas menewaskan Barisan Nasional.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
18 ulasan:
Write comments
  1. MAKCIK TEMPURA SAID:

    Nak buat camne.....dah pilihan rakyat Selangor ! Ca Ya nun alif tak perlu bersusah payah lagi kerna Melayu sedia membantu!

    BalasPadam
  2. area cine xnk plak pbt nie amek action...ape da...nasib melayu...bumi di pijak milik orang...

    BalasPadam
  3. perolehan bulanan pun cukup2 buat sara anak2, camner nak sewa premis rumah kedai (99% milik cina)? strategi cina bunuh jiwa-niaga melayu, selagi ada saki baki melayu yg cenderung berniaga cina akan cepat2 bunuh. MELAYU yg tak tau apa2 duk jerit2 ----> UBAH! INI KALI LAH! REFORMASI! nak gelak ker nak nangis ni, ntah lahhhh

    BalasPadam
  4. bagus. peniaga kecil tu semua org UMNO. kita kasik pulak peniaga melayu org PKR dan PAS dan DAP. INI KALI LAH.

    BalasPadam
  5. Anon 11.08 AM...kalo gitu wajar sgtla kjaan buang semua kakitangan kjaan yg sokong pakatan...kite kasik pulak pada penyokong UMNO/BN......cukup-cukuplah kjaan berlembut dgn pembangkang esp Cina.... ...kata Tun M...dan pas neh elok sgtla sekolah cina tuh di tutup atau jadikan SKebangsaan saje....wat pe tolong sbb cina pon mana ada yg undi BN..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buang la kakitangan kjaan sokong pakatan. tak pedulik pun. selama ni kjaan tolong apa sangat. nanti buang kita org buat kjaan pakatan pulak. UMNO dah lama kalah. tunggu masa yeah!! sekarang ni korang tengok je la blog syok sendiri umno. lagi pun apa umno boleh buat selain amaran dan tolong lagi org cina. he he he

      Padam
  6. Oh. kerana dia orang UMNO, biaq dia mapuih. Inilah bakal melayu yang akan memusnahkan tanahair dan bangsa sendiri. khalid gagap ditekan oleh cina2 dapig yang berada di sekelilingnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bakal melayu yg musnahkan tanahair dan bangsa ialah org UMNO. dari dulu lagi bwk masuk cina, approve sekolah cina bagi ekonomi kat org cina dll.

      Padam
  7. tindakan diorg nih lebih kpd mainan saikologi jer.diorg nk bg kita melalak...melalak dan melalak.tup2 t kuar stament...KAMI NK BANTU SEBENARNYA.PIHAK KAMI NK BERI LESEN MENIAGA.mmg mereka akan bantu smpi peniaga ni akan ckp sdri mereka mmg bantu.pastu mula ler ckp kita duk fitnah...jaga2

    BalasPadam
  8. Well ini pandangan ikhlas aku,PADAN MUKA,bukan tak sayang melayu,tapi benci melayu bodoh camni,batu cave ni area ape wehh?lu pikir la sendiri...parlimen ape wehhh?siapa wakil parlimen korang?itu melayu tak boleh pakai la,dia senang lenang,korang meniaga tepi jalan nak dapat 50 ringgit sehari pun berdarah...so pandai2 korang la

    BalasPadam
  9. Ini kalilah ABAH kau,ini kali lu sudah kalah,lain kali lu boleh mimpilah

    BalasPadam
  10. Kah..kah..kah..undi PR gerai kena roboh..mejoriti org Melayu di Selangor mmg sokong PR..jadi mmg padanlah muka depa tu..

    BalasPadam
  11. JAGA2 KALAU DAH TAKDE KEJA & TAKDE DUIT MELAYU JADI PEROMPAK/PERUSUH

    BalasPadam
  12. anyway....tahniah la kepada rakyat selangor.....

    BalasPadam
  13. kalu nk meniaga mintak la permit...bila gerai2 ni dh merata2 kita jugak yg complain sbb halang lalulintas lah...amik parking lah...jd syabas kpd MPS kerana menjlnkan tugas...dlm menjlnkan undang2 tak kira warna kulit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eleh bukan kau complain pun. org umno cam kau,cakap je lebih. ha ha ha

      Padam
  14. mana ko tau dia org umno? mungkin org atas pagar keee..

    BalasPadam
  15. Releks semua..jgn tegang2 sangat...nanti terP...hehehe
    Terima kasih pada semua tukang komen yg sudi jengah blog wak ni

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.