Sponsored

Sabtu, 15 Jun 2013

Rakyat Dah Bosan..Sampai Bila Nak Biarkan Begini?


Selagi Pakatan Pembangkang (PR) tidak berjaya menguasai kerajaan dan menumbangkan Barisan Nasional (BN) selagi itulah negara tidak akan aman. Demo sana demo sini, sampai bila kita akan bertahan dengan gelagat tak bertamadun Pembangkang ini.

Apakah puak Pembangkang ini sudah tidak mempunyai perkerjaan lain yang lebih berfaedah dan tak menyusahkan orang boleh dibuat selain dari mencetuskan keadaan huru-hara akibat terlalu tertekan dan kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lepas?

Cubaan Pembangkang mengheret rakyat menyertai mereka dalam siri perhimpunan haram yang dianjurkan sejak berakhirnya PRU13 telah membuatkan rakyat mula rasa meluat dan menyampah dengan tindakan gila ini. Perjalanan menuju PRU14 masih jauh lagi, rakyat tidak mahu terus terjabak dalam kancah politik Pembangkang yang tiada kesudahanya ini kerana banyak kerja lain yang lebih penting perlu dilakukan.

Perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku. Pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga ketenteraman awam perlu bertindak dengan lebih  tegas dan pantas supaya dapat menghalang anasir-anasir subversif ini dari terus merosakkan pemikiran rakyat dengan agenda syaitan serta fahaman politik sempit yang dibawa mereka.

Sejak kalah PRU13, Pembangkang kini bagai sudah kehabisan modal untuk menggulingkan kerajaan yang diiktiraf rakyat. Banyak cara dan helah sudah dicuba mereka namun semuanya gagal. Cuma pilihan terakhir yang Pembangkang ada ialah dengan menimbulkan keadaan huru-hara melalui siri bantahan demonstrasi jalanan ala 'arab spring' untuk menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku sekarang di negara timur tengah. Adahkah ini yang kita mahukan?

3 ulasan:

  1. sudahla cikgu bard bodoh! lebih baik hujung minggu duduk dgn anak bini daripada membuat huru hara yg takde faedah!

    BalasPadam
  2. BABI BARD...KALAU NEGARA KUCAR KACIR ANAK BINI DAN SAUDARA MARA HANG PUN BULIH MAMPUI...BODOH BABI

    BalasPadam
  3. Kenapa baci2 pembangkang selalu memberi komen bahawa "black 505" ini kehendak 'rakyat'? Rakyat kepala otak engkau orang lah! Hanya engkau orang yang menyebelahi si Peliwat saje yang tak puas dengan keputusan PRU13. Konon nya nak mewakili seluruh rakyat Malaysia...tolong lah jangan nak jadi hero! "Rakyat sebelah sini" semakin meluat menengok perangai pengikut2 siPeliwat.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..