Rabu, 26 Jun 2013

Lakukan Pembakaran Pada Musim Hujan..MB Selangor Ni Siuman Ke Tak?

    10:00:00 PG   3 comments


Wak J: Beruntung benar rakyat Selangor kerana mendapat seorang Menteri Besar yang sangat hebat. Bukan setakat boleh bercakap semasa tidur dalam sesi temuramah, malah mampu menyelasaikan masalah negara jiran yang sedang berdepan pembakaran terbuka dengan bijak sekali.

Dalam kepimpinan BN sendiri pun tak ada pemimpin sehebat dan sebijak seperti Khalid Ibrahim, malah kebijaksanaan Najib selaku perdana menteri pun tidak mampu menandinginya. Sebab itulah PAS dan DAP melantiknya sekali lagi menjadi menteri besar.

Sekiranya Khalid Ibrahim bertanding jawatan Presiden Indonesia, insyallah dia akan mendapat undi popular mengalahkan bosnya iaitu Anwar Ibrahim. Segala masalah  yang sedang dihadapi oleh rakyat Indonesia seperti ekonomi,sosial. kenaikan harga barang serta pemabakaran terbuka yang sering berlaku di negara itu akan diselesaikan dengan mudah.

Sebagai rakyat Selangor, kita harus berbangga dengan 'kebijaksanaan' yang dimiliki Khalid Ibrahim walau adakalnya idea bernas yang lahir dari bawah tempurung lututnya membuatkan kita garu kepala untuk memikir dan menerimanya dengan pertimbangan akal yang waras.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mencadangkan kepada peladang warga Indonesia supaya mengadakan pembakaran pada musim hujan.

Menyifatkannya sebagai suatu kompromi jangka pendek, Khalid berkata, ia dapat menghindarkan daripada udara dicemari secara berlebihan.

“Sudah tentu ia akan menjadi ideal jika pembakaran sifar. Tetapi peladang yang kurang berkemampuan terpaksa melakukan ini (pembakaran) untuk menyuburkan tanah.

“Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli baja, melainkan kita mahu memberikan kepada mereka,” katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Kejohanan Golf Jemputan Selangor pada Selasa. 

Khalid berkata, bukan sesuatu yang mustahil untuk menghentikan budaya sesuatu masyarakat bagi suatu jangka pendek.

“Hari ini, kita tidak boleh beritahu mereka untuk hentikan pembakaran, tetapi kita boleh beritahu mereka untuk membakar hanya pada tempoh tertentu.

“Seterusnya, mungkin kita boleh teruskan untuk hentikan pembakaran secara menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata, pembakaran tidak boleh dilakukan pada musim kering antara Jun dan September.

Beliau menambah, kompromi itu merupakan pilihan yang lebih baik, berbanding daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia menunding jari antara satu sama lain tetapi tidak mencari penyelesaian.

Berhubung perkara berkaitan, Khalid menasihatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

“Saya telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah untuk memantau jerebu. Bagi penutupan sekolah-sekolah, ia dibawah kendalian Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya terdapat awan yang mencukupi, mereka turut mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan.- Mstar Online

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Siapa lah yang bingai sangat lantik si gagap ni jadi wakil rakyat n menteri besar.

    BalasPadam
  2. Banyak sngt telan pil kuda sebab tu jd mcm ni..buat org indon gelak je baca statment si Gagap nih..

    BalasPadam
  3. Buat lah pembakaran di musim hujan......bijaaak! bijaaaak!...aku kena bakor sampah laman rumah aku bila hujan...aku lagi bijaak bijaak !!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.