Selasa, 30 Julai 2013

Gila! Najib Tawar Jawatan TPM Pada Anwar..Muhyiddin Nak Letak Mana?

    12:41:00 PG   10 comments

anwar-temberang-najib

PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.

Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.

Sinar Harian

Wak J: Memang gila betul jika benar dakwaan Anwar mengatakan bahawa Najib Razak pernah menawarkan kepadanya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) semasa lawatan ke Indonesia tak lama dulu.

Namun Anwar dalam kenyataan medianya hari ini telah menolak tawaran tersebut kononya bukan sebab dia gila kuasa sangat dengan jawatan TPM tapi apa yang ditawar Najib itu tidak sesuai dan tak standard untuk dirinya.

Mungkin Anwar akan bekerjasama dengan BN dan sanggup meninggalkan rakan-rakanya dalam Pakatan Pembangkang sekiranya Najib Razak  sanggup menawarkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Patut pun bukan main mesra lagi Najib dan Anwar semasa hari mula-mula sidang dewan Parlimen dibuka dulu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Biar pun ramai yang tak percaya Najib Razak sanggup menawarkan jawatan TPM kepada Anwar dan mengetepikan Muhyiddin selaku timbalanya sekarang, namun perkara sebegini tidak mustahil berlaku dalam dunia politik hari ini.

Bagi siapa yang dah masak dengan perangai Anwar, pasti sudah boleh baca dan tahu bila masa Anwar sedang menjual temberang dan putar belitnya. Jagan sampai kena kencing sudah.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
10 ulasan:
Write comments
  1. Kalau keluar dari mulut anwar, 10 dia cakap 11 pun tak percaya tau. Siapa yang boleh sahkan bahawa Najib pernah tawarkan dia kerusi TPM?? Beruk matyeh ke? atau mat indon yang tolong tadah bontot pada dia?

    BalasPadam
  2. Ini kenyataan berniat jahat nak pecah belahkan UMNO.Lawak lapok & bengap.MUSTAHIL...Tapi aku agak ragu2 juga dengan sikap orang2 BN yang
    nak terus berkuasa nih..

    BalasPadam
  3. Jangan layan orang gila macam Anwar, takut-takut kita pun sama-sama jadi gila macam dia.
    Semoga Allah melindungi kita semua daripada manusia durjana seperti Anwar Al Jub. Aamiin....

    BalasPadam
  4. Dalam politik tak mustahil, mungkin betul Ah Jib Gor tawarkan atau mungkin tidak.

    BalasPadam
  5. Taktik Anwar utk pecah belahkan UMNO dan juga taktik Najib utk rosakkan UMNO dr dalam boleh jadi jugak..jd persetankan dua ekor penjaham ini. Najib lebih jahat krn dia berkuasa dan dia yg melaksanakan agenda PR dr dlm UMNO, ISA dihapuskan suatu kekesalan yg amat sgt.. jenayah menjadi2.. POLIS pula spt sudha tiada taring.. inilah hasil transpomasi bodoh Najib dan kebodohan PAk Dollah.. Mahathir bina negara 22 tahun musnah dlm sekelip mata shj oleh dua ekor ini! Syaitan kt luar-Nuar amat gembira xperlu kerj akuat sgt krn Najib pelaksanan adenda PR!

    BalasPadam
  6. Ah jib Gor terdesak ..dia boleh buat apa pun demi kekalkan kuasa, Sebenar Nuar adalah Pm kita..Tak caya..Semua desakan Nuar Ah Jib Gor Tunaikan..Seba tu NKRA. KPI,1 Malaysia gagal gagal Total

    BalasPadam
  7. Nuaq terdesak,
    seminguu dua ni nama dia tak naik,
    timbul isu PAU sahaja.

    kaorang dah beberapa kali mena tipu,
    sebelum percayakan berita tu, kita kena tengok balik rekod pencerita tu.

    Pak Lah selepas diturunkan pun pernah kata Nuaq datang merayu padanya nak masuk UMNO semula.

    BalasPadam
  8. Najib ni pun satu. Namanya lagi Ketua pembangkang. Asyik dok merosakkan bangsa melayu, buat apa nak berbaik dgn nuar? Dah tak ada orang lain kah? Kecik hati kita tengok gambar Najib dgn nuar ketawa sakan. Ko orang jangan dok pecaya cakap nuar tu. Dia kan ada hobby ingin sentiasa jadi popular.

    BalasPadam
  9. Anwar sebenarnya sudah putus harap dengan PKR dan juga PR. Umurnya sudah meningkat. Menerima jawatan TPM adalah jalan terbaik beliau.

    BalasPadam
  10. Memang aku percaya sebab Najib ni nak kekal PM selama-lamanya dan dia sanggup buat apa saja.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.