Isnin, 29 Julai 2013

Jangan Salahkan Lantai Tak Rata Kalau Tak Pandai Menari

    2:00:00 PG   3 comments

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu Hanafiah Mat
Menjelaskan permasalahan pengundi luar untuk mengambil cuti, Hanafiah yang juga Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut berkata, pertembungan cuti yang akan diambil pada hari raya menyebabkan cuti mereka tidak mendapat kelulusan.

“Kita juga dapat maklumat ada juga yang dapat cuti tetapi anak mereka pula bersekolah, isteri yang bekerja sebagai guru juga sukar mendapat cuti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya optimis calon Pas menghampiri kemenangan sekiranya tarikh mengundi dibuat pada cuti hujung minggu.

Adun Alor Limbat itu berkata, walaupun Pas mungkin tidak menang sekalipun pengundi luar pulang, sekurang-kurangnya mereka mampu mengurangkan majoriti undi BN di Dun Kuala Besut.

Sinar Harian
Wak J: Jangan salahkan lantai tak rata kalau diri sendiri tak pandai menari... Kalau dah kalah tu buat lah cara kalah. Ini tidak macam-macam alasan bengong keluar dari mulut pemimpin PAS kerana tak dapat terima hakikat kekalahan.

Demam kempen pilihanraya kecil Kuala Besut sudah lama berkahir, manakala Yb baru yang telah dipilih pula sudah mula buat kerja memberi khidmat kepada rakyat. Tapi yang tak habis-habis meroyan hingga ke hari ini ialah PAS kerana tak dapat terima takdir Tuhan.

Apa yang anda baca dekat atas sekali tu ialah alasan-alasan yang diberi oleh pemimpin PAS untuk menjustifikasikan kekalahan mereka sebagai kekalahan yang bermaruah.  Walau alasan tersebut nampak bodoh dan tak masuk akal, tapi alasan itu jugalah yang sering dijaja oleh penyokong PAS untuk menutup kemaluan mereka.

Daripada PAS menyalahkan tarikh hari pengundian yang ditetapkan oleh SPR, lebih afdal kalau PAS menyalahkan Husam Musa kerana meletakkan kroninya menjadi calon. Sekiranya pemimpin PAS boleh menerima kekalahan tersebut sebagai takdir Tuhan sepatutnya tak timbul lagi alasan sebegini selepas keputusan siapa menang diumumkan.

Kalau benar pun hari pengundian itu dilaksanakan pada hari bekerja, rasanya tidak menjadi masalah kepada penyokong PAS yang tinggal atau bekerja di luar pulang ke Kuala Besut untuk balik mengundi sekiranya mereka benar-benar mahukan calon PAS menang pada masa itu walau apa juga halangan.

Nampaknya bukan sahaja pengundi Kuala Besut menolak calon PAS tetapi pengundi luar juga tidak sangggup membuang masa dan berhabis duit balik mengundi semata-mata untuk memenangkan calon pilihan Husam walau anak Terengganu tapi berjiwa Kelantan. Sudah-sudah lah tu...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. penyokong umno pun ada tak dapat balik...nak cuti raya...pengarah prk pas ni ingat puak pas je tak boleh cuti....

    BalasPadam
  2. entahnya. dia ingat pengundi luar tu semua undi pas kot. jenis payah base sungguh puak2 pas ni. asal kalah je mesti cari salah org lain. tak reti ke nak muhasabah diri, apa kelemahan diri sendiri dan dimana silapnya strategi pilihanraya yg dicatur oleh pas. knp husam bukan org besut atau trengganu sendiri?

    BalasPadam
  3. Tak nak salahkan ALLAH ke sebab panggil pulang arwah bekas ADUN dekat dengan bulan puasa?

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.