Selepas mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor sebaik
selesai sahaja PRU13, Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menggalas
tanggungjawab sebagai MB dengan penuh dedikasi.
Juga, Khalid berjanji kepada Sultan Selangor sendiri, akan terus
prihatin kepada nasib rakyat di Selangor tanpa ada sebarang prejudis
asalkan nasib rakyat Selangor terbela.
Tetapi, Khalid hanyalah boleh dikatakan bermain wayang sahaja di depan semua rakyat Selangor.
Hingga kini, nasib ibu-ibu tunggal yang bernaung di bawah Persatuan
Ibu Tunggal Selangor masih lagi tidak terbela. Malah, diri mereka tidak
disukai dan seolah-olah dibenci oleh segelintir pihak di kerajaan negeri
kerana dikatakan cubaan untuk mencemarkan nama parti pembangkang.
Hakikatnya tidak! Mereka hanya mahukan nasib diri mereka terbela.
Sebelum menghadapi PRU13, kerajaan negeri berhadapan dengan kes
tuntutan saman berjumlah RM 10.9 juta yang difailkan 2,020 ibu tunggal
berikutan Khalid gagal menunaikan manifesto yang dijanjikan dalam
pilihan raya umum 2008.
Saman itu dibuat oleh persatuan tersebut kerana Khalid gagal
menunaikan janji dalam manifesto PR Selangor untuk memberikan elaun atau
wang sara diri kepada setiap ibu-ibu tunggal yang memohon.
Tetapi nasib tidak menyebelahi ibu-ibu tunggal malang itu bila mana
Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan saman sivil yang difailkan
persatuan tersebut pada 14 Mei lalu.
Pembatalan saman tersebut berlaku apabila panel hakim memutuskan
bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara
sah.
Dek kerana tidak mahu terus ditindas oleh kerajaan negeri Selangor
lebih-lebih lagi Khalid, Persatuan Ibu Tunggal Selangor akan merayu kes
tuntutan saman terhadap kerajaan negeri di mahkamah persekutuan kerana
walaupun saman telah dibuat supaya Khalid sedar dengan kesilapan dalam
pentadbirannya. Namun sehingga kini beliau masih lagi tidak membuat
sebarang tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ibu-ibu tunggal
Selangor.
Inilah keadaan yang sering kali Khalid pandang remeh dalam memikul
tanggungjawab sebagai MB Selangor. Secara tidak langsung membenarkan
persepsi dan tanggapan sesetengah pemimpin tertinggi PKR bahawasanya
Khalid memang tidak bagus dalam melakukan kerjanya.
Perkara kecil iaitu membela nasib ibu tunggal Selangor pun beliau
tidak mampu lakukan, inikan pula mahu membela nasib rakyat lain di
Selangor.
Melihat masalah yang menimpa golongan ibu tunggal di Selangor ini,
apakah nasib mereka terbela jika Khalid terus membutakan mata dan
memekakkan telinga tanpa ada perasaan bersalah? Biasalah, Khalid memang
tak pandai buat kerja.
MyKMU
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..