Rabu, 17 Julai 2013

Nik Ajis Tetap Berdegil Tak Mahu Pulang Tanah Milik Rakyat Kelantan

    10:24:00 PTG   3 comments

nik-aziz-tanah-kelantan
Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, khalayak umum telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai pemilikan 14 lot tanah di sekitar Kota Bharu atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana nilai komersialnya boleh mencecah RM10 juta.

Selain pemilikan tanah atas nama Menteri Besar Kelantan itu, turut didedahkan sama sejumlah 13 lot tanah lagi yang bernilai jutaan ringgit termasuk sebuah stesen minyak yang dimiliki Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Nik Aziz.

Beberapa hari selepas isu pemilikan tanah itu didedahkan, Nik Aziz telah tampil menjelaskan bahawa 14 lot tanah yang luas keseluruhannya 1.76 hektar itu bukan miliknya walau pun namanya tercatat sebagai pemilik.

Menurut Nik Aziz, namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berikutan jawtan MB yang disandangnya dan tanah itu kemudiannya kelak akan dipindah milik kepada nama MB baru.

Rentetan itu, rakyat Kelantan menarik nafas lega menerima penjelasan itu dan yakin bila berlaku peralihan tampuk kepimpinan negeri kelak akan ada pengumuman rasmi pindah milik nama pemilik semua lot tanah tersebut.

Namun seperti semua sedia maklum, sejak dari tarikh kejatuhan Nik Aziz pada 5 Mei 2013 hingga sekarang, tiada khabar berita mengenai pemindahan hak milik 14 lot tanah tersebut kepada nama MB Kelantan sekarang yang kedengaran.

Malah 13 lot tanah yang tertera nama isterinya itu pun sampai sekarang Nik Aziz buat-buat lupa untuk menjelaskan bagaimanakah statusnya, adakah ia milik peribadi atau sekadar pemegang amanah sama sepertinya.

Tanpa tindakan susulan oleh Nik Aziz berhubung status terkini lot-lot tanah tersebut sukar untuk rakyat Kelantan menepis rasa was-was dan kebimbangan kalau-kalau jika didiamkan ianya kelak terus menjadi hak milik Nik Aziz sekeluarga.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. KALAU PEGANG AMANAH, MESTI ATAS NAM MENTRI BESAR AS A LEGAL PERSON, BUKAN ATAS NAMA NIKAZIZI.
    SUDAH PASTI STATE LEGAL ADVISOR FAHAM PERKARA INI.

    BalasPadam
  2. tok guru oh tok guru......kita pakat tuntut depan ALLAH kelak. DEMI ALLAH!!! AKU AKAN TUNTUT. AKU AKAN JUGA TUNTUT DOSA NIK AZIZ MENJAHANAMKAN SUNGAI KELANTAN TEMPAT AKU MANDI MANDA SEBELUM TAHUN 1990. AIRNYA MASYA ALLAH, DULU, AKAN IKAN BERENANG BERSAMA. LEPAS 1990, AIRNYA KERUH SAMPAI KE HARI INI. SPESIS KELAH, AROWANA DI SUNGAI NEGGIRI TIADA LAGI. DEMI ALLAH DEMI RAMADAN INI, AKU AKAN TUNTUT. BACALAH QURAN BANYAK BANYAK WAHAI TOK GURU, KELAK AKU AKAN MINTA SELURUHNYA...

    HAMBA ALLAH

    BalasPadam
  3. Pas bukan Agama. Agama bukan Pas.
    Nabi Muhammad S.A.W. saja teramat istimewa kerana menyatukan Ummah.
    Manusia biasa Nik Aziz , walau pun ada pangkat kedudukan kuasa pengaruh
    pingat gelaran,pejabat besar pemandu kereTA wajib di uji Allah dengan bermacam TA.
    MahkoTA.,TAhkTA.HarTA.PeTA.WaniTA KereTA
    TAnah.TAwadukkan. TAqwaan CinTA.TAnTAwi
    unTA KehebaTAn peTAh.
    Nik Aziz manusia biasa aje(serupa mamat kampung wakaf che Yeh aje ).
    Orang KelanTAn kerja KL dan Selangor amat selesa kerana tidak di uji dengan Air TAnah balak
    Semua orang kelanTAn di KL dan Selangor rasa hebat lah 1Malaysia,dapat
    kontrak dapat jadi KSU Kementerian ,jadi ahli Kelab ekxlusiv main golf,dapat
    tender,dapat kemewahan,kerja GLC kerja atas nama melayu.
    Alamat tempat tinggal Di Damansara,TTDI,Bukit Antrabangsa,Putra Heights,Shah Alam,Subang Jaya,Putrajaya,Country heights.
    Anak mereka suka konsert kat KL sbb di KoTA Bharu TAk di benarkan.
    datang siap dengan kostume. we are the world hard rock cafe t shirt nike kasut,dah beli tiket Metelika..TAqyiah
    Balik KelanTA teTAp undi pangkah bule isle.
    TAqyiah.
    Kalau nak tukar nama, buat lah untuk semua lot, termasuk lot nama isteri nya.
    Undang semacam mudah sangat, trust deed aje, cuma nak atau tidak.serta merta atau tunggu abis open house majlis kesyukuran.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.