Rabu, 24 Julai 2013

Sampai Bila Kita Umat Islam Harus Bersabar Dengan Fitnah Pembangkang?

    11:21:00 PTG   No comments

berbuka dalam bilik persalinan

Selepas PRU-13, kita menyaksikan penghinaan terhadap agama Islam dilakukan secara bertubi-tubi melalui laman-laman sosial peribadi. Difahamkan, keberanian pihak yang membenci Islam untuk terus melakukan provokasi adalah berpunca dari terhapusnya Akta Hasutan dan akta-akta pencegahan.  

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan yang mereka telah merancang strategi untuk menimbulkan ketegangan sejak dari awal iaitu sejak mereka mendesak kerajaan untuk menghapuskan akta-akta itu lagi.

Belum lagi isu Alvivi reda, kini timbul pula isu murid bukan Islam yang kononnya dilayan seperti hamba dan disuruh makan di dalam tandas sebagai menghormati murid Islam yang berpuasa.   Isu ini menjadi ‘viral’ dalam sekelip mata di mana belum pun sampai 24 jam ia sudah dipetik oleh media antarabangsa.

Apa yang menarik ialah, gambar yang disebarkan menunjukkan ‘tandas’ sekolah tersebut begitu bersih siap dengan meja makan yang beralas.  Ini bukanlah gambaran biasa di sekolah-sekolah kebangsaan.  Sudah menjadi ‘budaya’ sekolah-sekolah kerajaan mempunyai tandas yang kotor atau teramat kotor, terutamanya sekolah rendah.  Justeru, melihat gambar tandas yang begitu bersih sudah cukup untuk menimbulkan keraguan atas isu yang dibangkitkan.

Serangan yang begitu pantas dan meluas ke atas pihak sekolah, kerajaan dan umat Islam terhadap isu ini menyukarkan penjelasan dibuat.   Namun, apa yang diselidiki kini terbukti bahawa isu tersebut telah sengaja diada-adakan dengan niat jahat.

Hakikatnya, apa yang dikatakan ‘tandas’ itu adalah sebenarnya bilik persalinan yang telah ditukar menjadi bilik makan tambahan kerana kantin sekolah terlalu kecil dan tidak mampu menampung semua pelajar.  Terdapat notis jelas di bilik tersebut yang melarang sesiapa membuang air di situ, malah paip mandian juga telah diterbalikkan agar tiada sesiapa yang mandi di situ.

berbuka-dalam-tandas-india
 
Maka, tidak hairanlah terdapat meja makan yang beralas cantik di bilik itu.   Murid-murid Islam dan guru-guru juga sering makan di situ dan kadangkala, jamuan makan kecil-kecilan turut diadakan di bilik tersebut.  

Dalam bulan puasa ini, pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk mengubah-suai kantin bagi membesarkannya.  Justeru, murid-murid bukan Islam disuruh makan di bilik itu untuk keselamatan dan keselesaan mereka juga.

Jelas, apa yang berlaku ialah Guru Besar sekolah tersebut amat prihatin terhadap kebajikan murid-muridnya.  Malangnya, keprihatinannya telah dimanipulasi oleh pihak tertentu dengan menggambarkan beliau sebagai tidak berhati perut. 

Apa yang pasti, pihak yang menimbulkan isu yang tiada isu ini telah dengan sengaja ingin menimbulkan ketegangan.  Ia pastinya telah dirancang dengan rapi memandangkan ‘parody’ mengenainya di internet juga sudah dimuat-naik dalam masa tidak sampai 24 jam.   Dan apa yang menarik ialah, mereka menggunakan kaum India pula untuk menyebarkannya agar kita leka sedikit dengan kaum Cina yang merupakan pihak yang paling giat melakukan provokasi terhadap Islam.  Strategi ini tentunya bertujuan untuk menimbulkan prejudis antara kaum India dan Melayu pula, setelah berjaya mencetuskan permusuhan antara Cina dan Melayu.   

Pihak berkuasa tidak boleh mengambil ringan dengan melepaskan mereka yang dengan sengaja menghasut dan menimbulkan ketegangan seperti ini.   Mereka nampaknya terus melakukan ‘serangan’ secara bersiri dan bertubi-tubi pastinya dengan satu matlamat sahaja, iaitu untuk mencetuskan huru-hara.  

Kita juga pasti bahawa pihak mereka juga sedang menunggu kenyataan dari pihak kerajaan dan pemimpin UMNO, sekadar untuk menyerang beliau sebagai rasis!  Ini merupakan modus operandi biasa bagi mereka-mereka yang memusuhi Islam di Malaysia.

Memandangkan Islam yang menjadi taruhan di sini, maka Umat Islam perlu lebih peka dan rasional dalam menilai dan memberi reaksi mengenai sesuatu isu.  Jangan cepat melatah dan jangan cepat percayakan sesuatu berita.   Pihak yang memusuhi Islam ini nampaknya benar-benar busuk hati dan ingin mencabar serta menyerang kita.  Sesungguhnya, sudah sampai masa untuk kita memahami bahawa kita tidak ada pilihan lagi, selain bersatu.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.