Ahad, 25 Ogos 2013

Amerika Desak Morsi Dibebaskan...Umat Islam Kena Main Lagi!

    12:25:00 PG   3 comments

simbol-empat-jari

Wak J: Siapa yang jadi penyokong taksub kepada simbol empat jari nampaknya bakal kena main dengan Erdogan dan sekutu baratnya. Wak dah kata, si Erdogan ni hanya boneka zionis dan tukang pencetus kemarahan umat Islam di Mesir supaya bertempur dengan pihak tentera sampai mati.

Tak kan kita yang cerdik pandai dekat Malaysia ni masih tak nampak lagi permainan propaganda dia orang. Harap, sesiapa yang sudah terpengaruh dengan propaganda Yahudi ni..cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan.

Wak suka nak ingatkan dalam Islam tak pernah mengajar umatnya mengagung-agungkan simbol seperti yang dilakukan oleh umat Islam hari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia. Niat tetap tidak boleh menghalalkan cara walau kita hanya menyatakan sokongan pada pihak tertentu.

Jangan diturutkan hawa nafsu dan sokongan membabi buta kalau kita tak pasti hujung pangkalnya, kelak nanti kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Washington: Amerika Syarikat semalam menggesa kerajaan sementara Mesir, supaya membebaskan presiden negara itu yang digulingkan Mohamed Morsi, selepas ia melepaskan bekas pemimpinnya Hosni Mubarak.

“Ini adalah masalah dalaman Mesir dan kami menghormati keputusan kerajaan membebaskan Mubarak. Namun, dasar kami mengenai Morsi adalah sama. Kami percaya beliau juga wajar dibebaskan,” kata jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki.
Sejak beberapa hari lalu wartawan meminta ulasan Jabtan Negara mengenai keadaan kedua-dua pemimpin Mesir itu.

Selepas digulingkan pada 2011, Mubarak didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Batal hukuman

Hukuman itu dibatalkan dan mahkamah diarah mengadakan perbicaraan semula.
Khamis lalu, Mubarak dipindahkan dari penjara untuk menjalani perintah tahanan dalam rumah di sebuah hospital tentera.

Morsi dipilih secara demokratik tahun lalu, digulingkan pada 3 Julai sebelum ditahan di lokasi dirahsiakan, manakala tindakan tentera ke atas penyokong Morsi menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh dalam beberapa siri tunjuk perasaan.

“Untuk memastikan semua proses berjalan dengan lancar, satu proses yang disertai semua pihak hendaklah dilaksanakan. Kami percaya semua pihak perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian.

“Adalah sukar untuk melaksanakan proses ini jika ada anggota sesebuah parti ditahan,” katanya.

Amerika Syarikat sebelum ini penyokong kuat rejim Mubarak, sepanjang 30 tahun pemerintahannya sebagai presiden Mesir.

Selepas kebangkitan di rantau Arab, Washington menerima pelantikan Morsi tetapi mengenakan tekanan ke atas presiden itu supaya membawa pembaharuan ekonomi dan sistem demokrasi.

Amerika bagaimanapun belum mengiktiraf penggulingan Morsi sebagai rampasan kuasa tentera. Langkah yang akan secara automatik menyebabkan pemotongan bantuan Amerika kepada Kaherah. - AFP

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Sebenarnya, al-Ikhwan al-Muslimun (Muslim Brotherhood ), parti Dr. Morsi ini dulunya adalah sekutu kuat si Barat, demi mendapat kuasa memerintah. Macam Anwar, adalah pengikut Ikhwan ini; sebab itu dia amat pro-Barat. Tetapi apabila Morsi sudah berkuasa dan makin kuat menghentam Israel dan berbaik pula dengan Iran, dia pun digulingkan oleh dalang-dalang Barat-Israel.

    Dan sebelum itu, oleh kerana Hosni Mubarak enggan membenarkan pengkalan tentera US-NATO-Zionis di Mesir, apalagi sasaran mereka mengawal Teluk Suez yang amat penting, terutamanya untuk menjaga kepentingan Israel, maka Mobarak digulingkan sebelum itu.
    Begitu juga, Allahyarham Kolonel Gaddafi, amat Nasionalis dan menjadi penaja kuat African Union yang berdikari dari Barat-Zionis, sampai dibunuh dengan kejam macam anjing, oleh ejen CIA-MI6-Mossad-NATO yang menyamar jadi pemberontak Islam -juga untuk merampas minyak-gas Libya yang terbesar di Afrika.

    Dan k’jaan Syria dan Iran, dan tentera Hezbollah walaupun diketuai pengikut Shiah, juga mahu digulingkan US-NATO-Israel ini, kerana mereka juga Nasionalis, amat anti Barat-Israel, dan penuh minyak-gas, termasuk Syria Golan Heights yang telah 2/3 dijajah Israel.

    Maka pengajaran di sini ialah, Barat-Israel akan mempergunakan negara/umat Islam, dalam apa carapun, yang manis talam dua muka mahupun yang ganas, untuk menjatuhkan Islam, serta memecahbelahan pemimipin/umat Islam dan menjajah negara Islam yang kaya minyak-gas. Kawan akan jadi lawan dengan mudah sekali bila tak patuh arahan si Barat-Israel ini, termasuk cium kaki kudis mereka, macam hamba abdi!

    Memang DAJAL si Barat-Israel ini - sebab itu jgn. lansung kita TUNDUK lagi kpd. undang-undang 'universal' (termasuk yg. UN) yg. sebenarnya berasaskan "demokrasi/hak asasi" Barat-Zionis SAMPAH, salah satu SENJATA plg. DAJAL mereka utk. MENJAJAH Dunia Islam/umatnya!

    Sedangkan, rejim-rejim Barat-Israellah pula yang membunuh umat Islam sesuka hati spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013.
    (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban)!


    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    BalasPadam
  2. INI BLOG SAMPAH!

    BalasPadam
  3. Wak J percaya ke Amerika cakap diorang betul2 nak morsi bebas...? Apalah wak ni...mcm budak kecik...kena bodoh2 mcm gitu je....berat 66..!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.