Rabu, 28 Ogos 2013

Betul Ke Bos Perkasa Tak Restu Tindakan Irwan Fahmi Ungut Najib Letak Jawatan?

    10:06:00 PTG   2 comments

Irwan Fahmi Ideris Perkasa
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang membuat kenyataan dalam blognya yang bertajuk ‘Sudah Cukup Segalanya Di Gadai, Haji Najib Wajar Letak Jawatan’, nampaknya keseorangan.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang terkejut dengan kenyataan Irwan Fahmi menjelaskan bahawa Perkasa tidak pernah mengambil pendirian sedemikian.  Walaupun Perkasa agak lantang mengkritik Dato’ Seri Najib dalam mencaturkan PRU-13, namun pertubuhan itu tidak pernah mendesak beliau meletakkan jawatan.

Menurut Datuk Abd. Rahman, Perkasa sedia memberi masa kepada Dato’ Seri Najib untuk mengkaji semula strategi PRU-13 yang dianggap mereka sebagai banyak kelemahan kerana telah mengabaikan penyokong BN dan sebaliknya lebih mengutamakan tuntutan dan desakan pembangkang serta kaum Cina.

Perkasa percaya dengan kritikan pertubuhan tersebut, Dato’ Seri Najib akan dapat membuat percaturan yang lebih baik bagi menghadapi PRU-14.  Dengan itu, Datuk Abd. Rahman menegaskan bahawa kenyataan Irwan Fahmi adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili suara Perkasa.

Kita sedia maklum bahawa Presiden Perkasa, Dato’ Ibrahim Ali adalah seorang yang lantang.  Oleh itu, kita pasti, jika Perkasa inginkan Dato’ Seri Najib meletak jawatan maka ia akan dilakukan oleh Presiden sendiri, bukan orang lain.

Memandangkan Dato’ Ibrahim Ali tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini, maka kita pasti bahawa beliau juga tidak berpegang kepada pendirian yang sama dengan Irwan Fahmi.

Nampaknya, Irwan Fahmi telah tersalah langkah.  Beliau mungkin menyangka yang kenyataannya akan menerima sokongan padu berdasarkan kritikan Perkasa terhadap kepimpinan sebelum ini.  Namun, beliau gagal memahami bahawa kritikan bukan bermakna permusuhan.  Kritikan selalunya menandakan keprihatinan atas dasar inginkan yang terbaik untuk subjek yang dikritik.

Irwan Fahmi harus faham bahawa dalam politik, kritikan dari penyokong adalah sesuatu yang baik dan Dato’ Seri Najib cukup maklum mengenainya.  Perkasa dan UMNO adalah saudara kandung, seibu dan sebapa, sebangsa dan seagama.  Kritik mengkritik adalah atas dasar sayang semata-mata serta tidak wajar menjadi barah.   

Perkasa mengkritik bukan untuk menjatuhkan beliau, tetapi untuk mengukuhkan kedudukannya, pastinya kerana Perkasa menaruh sepenuh keyakinan terhadap kepimpinannya. 

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Pemimpin perkasa mesti mengutamakan kepentingan orang melayu bila bersuara di media massa bukannya menjaga kepentingan pengundi bn.Jika datok ibrahim ali tidak bersuara terhadap kenyataan sdr.irwan fahmi,ia juga tak bermakna datok ibrahim ali tidak sependapat dengan sdr. irwan fahmi.datok a.rahman bakar jangan pandai2 buat kenyataan mengenai orang lain.kalau nak cari undi keluar dari perkasa,masuk aje bn.

    BalasPadam
  2. Orang dah buat salah,wajar dikritik.yang bagi dia undi ni orang melayu la.sedarlah sikit diri tu.datok a.rahman sila keluar dari perkasa kalau terasa nak jadi orang politik!!!!!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.