Jumaat, 16 Ogos 2013

Kenapa Syiah Pilih PAS Untuk Dijadikan Sarang Membiak?

    9:51:00 PTG   2 comments

pas-syiah-mutah

Walaupun ajaran Syiah telah diwartakan sebagai bertentangan dengan undang-undang tetapi nampaknya ia tidak menghalang penganutnya untuk meneruskan amalan mereka.   Yang terbaru, sebuah video di mana para jemaah mencium mulut Imam di sebuah surau di Pendang pula tersebar.  Amalan ‘mencium mulut sesama lelaki’ adalah jelas merupakan amalan Syiah.  

Ancaman Syiah dikatakan sebagai lebih merbahaya daripada ancaman Zionis, Kristian mahupun liberalis dan pluralis.  Ini kerana Syiah bertopengkan Islam dan rata-rata penganutnya membawa imej Islam konservatif lengkap dengan pakaian serban, jubah, bertudung atau berpurdah.  Malah, lebih dahsyat dari Kristian mahupun Yahudi, Syiah menghalalkan liwat mahupun muta’ah.  

Memandangkan masyarakat Islam di Malaysia amat obses dengan penampilan luaran, maka ramai di kalangan kita mudah ‘terpesona’ dengan imej Islam kumpulan Syiah.  Jangan terkejut jika janggut dan serban imam Syiah sahaja sudah cukup untuk mengaburi mata sebahagian dari umat Islam di sini.   Inilah yang terjadi apabila kita meletakkan ‘imej’ atau ‘simbol’ ke atas Islam sehinggakan ramai yang keliru antara kepentingan imej dan simbol, berbanding ajaran Al-Quran itu sendiri.

Justeru, tidak hairanlah Syiah mampu bertapak di dalam PAS di mana penampilan luaran adalah segala-galanya.

Walaupun PAS menepis dan menafikan kewujudan dan penyebaran ajaran Syiah di dalam parti itu, tetapi penyokong-penyokong PAS sendiri tahu akan hakikat sebenarnya.  Beberapa blog pro-PAS turut menyuarakan kebimbangan dan teguran, namun entah kenapa kepimpinan PAS terus berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan hakikat yang sebenar.

Sedar atau tidak, hipokrasi PAS itulah yang menjadi ‘resepi’ penting bagi Syiah untuk bertapak.  Oleh itu, Syiah tidak mungkin menyertai UMNO kerana UMNO tidak menepati keperluan hipokrasi Syiah.

UMNO tidak bergantung kepada imej, simbol atau slogan dalam mengamalkan ajaran Islam.  UMNO berpegang kepada Islam secara rohani dan menyerlahkannya secara kifayah dengan berlandaskan AlQuran dan Sunnah.  Ini tentu sekali bertentangan dengan Syiah yang menolak AlQuran sebagai tulen dan sebaliknya menggariskan kepercayaan mereka berdasarkan hawa nafsu terutama sekali dalam konteks seks.   

Kebetulannya, PAS merupakan parti yang paling sinonim dengan seks.  Pendedahan mengenai pemimpin-pemimpin PAS ‘bertukar-tukar’ isteri bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi, termasuklah di kalangan pemimpin tertinggi bertaraf Ulama.   Hakikat ini menjadikan PAS dan Syiah sebagai satu gandingan yang amat sesuai sekali. 

Kerjasama PAS dengan PKR meningkatkan lagi keserasian PAS dengan Syiah memandangkan PKR memperjuangkan hak untuk meliwat yang mana dihalalkan dalam ajaran Syiah.

Oleh itu, tidak mustahil, keberanian puak-puak Syiah menonjolkan diri hari ini adalah berkait rapat dengan kerjasama PAS dengan PKR.   Hari ini, Syiah mempunyai platform untuk memperjuangkan kebebasan seks melalui PKR, atas hipokrasi imej Islam di dalam PAS.

Berdasarkan hakikat ini, inilah diseru penyokong-penyokong PAS agar bertegas dalam menentang Syiah.

Apa guna berkongsi dan menyeru simpati melalui gambar-gambar dan kisah-kisah pembunuhan Ahli Sunnah di Syria oleh golongan Syiah jika tidak mampu menentang Syiah di dalam parti sendiri?

Penyokong-penyokong PAS yang sedar wajib bangkit membongkar hipokrasi pemimpin mereka dan membersihkan parti dari kesesatan yang nyata.   Bagaimana pemimpin PAS mampu membawa ahli ke syurga, jika terus ‘menternak’ para pemfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW di dalam parti mereka?     

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Pelbagai cara dan helah Iblis dan konco konconya memperdaya, hingga yg kelihatan beragama bahkan yg berilmu pun ada yg terjebak. Tampak sukar terselamat dr perdayaannya. Mk sentiasalah minta perlindungan Allah swt dr segala bentuk kesesatan dgn kerendahan hati dan mohonlah petunjuk hidayah dan bimbinganNya agar diperteguh di atas Jalan Kebenaran. Bila ada keikhlasan beragama, insyaAllah terselamat,
    "...dan aku (Iblis) akan menyesatkan mrk semuanya, kecuali Hamba Hamba Engkau di antara mrk yg ikhlas." Al Hijr 39, 40.

    BalasPadam
  2. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

    Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

    TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

    Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

    Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

    Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.