Rabu, 11 September 2013

Gadai Kalimah Allah, Khalid Samad Bakal Jadi Penghuni Tetap Neraka?

    12:19:00 PG   1 comment

khalid-samad-gereja

Pendirian Khalid Samad berhubung isu kalimah ALLAH dari dulu hingga sekarang memang  tak pernah berubah walau Majlis Syura PAS telah mengeluarkan ketetapan bahawa terjemahan perkataan God atau Lord dari mana-mana agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Tidakan Khalid Samad cuba membelakangkan ketetapan yang dibuat oleh majlis syura Ulamak Pas dalam isu kalimah ALLAH ini seolah-olah menganggap dirinya lebih alim dan lebih bijak dari ulama-ulama yang menganggotai majlis syura Pas.

MP Shah Alam itu juga dalam twitternya semalam  telah meminta agar mana-mana pihak yang mempertikai pendirianya tentang kebenaran pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH dapat mengemukakan  dalil Quran atau hadis Nabi yang melarang penganut agama lain menggunakan kalimah tersebut (ALLAH).

Bagi umat Islam, isu kalimah ALLAH adalah persoalan aqidah. Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar zahrah sekalipun dalam isu ini. Jika dalam mempertahankan kalimah ALLAH kita dilabel ekstremis, maka kita rela digelar ekstrimis daripada menjadi peliwat aqidah. Jika membela kalimah ALLAH kita dilabel jumud, maka lebih baik manusia menggelar kita jumud daripada ditempelak ALLAH sebagai pengamal syirik!

Cubaan dan usaha gigih puak kristian termasuk pihak gereja yang beriya-iya mahu menggunakan kalimah ALLAH sangatlah mencurigakan! Apakah sebenarnya niat mereka?

Dalam keadaan serangan bertubi-tubi gerakan kristianisasi dalam isu kalimah ALLAH, dengan disokong oleh segelintir agamawan sesat dan politikus rakus dikalangan kita; marilah kita sama renung dan fikirkan, adakah kita yakin apabila anak kita menyebut dua kalimah syahadah iaitu "Tiada Tuhan melainkan ALLAH”, anak kita betul-betul faham bahawa maksud ALLAH Hu Ahad itu bermajsud ALLAH Maha Esa, ataupun dia memahaminya sebagai ALLAH Triniti iaitu ALLAH Bapak, ALLAH Putera, ALLAH Ruh Kudus?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing wahai bapa-baba dan ibu-ibu...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.