Khamis, 3 Oktober 2013

Akta Pencegahan Jenayah Diluluskan..Dah Ada Yang Ketar Lutut

    11:08:00 PTG   3 comments

kadet-polis
Pembangkang sudah mula gentar apabila Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) telah diluluskan pada hari Selasa lepas melalui undi belah bahagi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataanya akan menentang undang-undang tersebut kerana bimbang akan disalah guna dan mengetepikan soal hak asasi manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah menjelaskan bahawa PCA bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan. Jadi kenapa Pembangkang perlu bimbang.

Tujuan PCA diperkenalkan bukan untuk mengganti ISA tetapi sebagai menyesuaikan perundangan melindungi negara dan rakyat selari dengan suasana dan keadaan masyarakat.

Apabila berlakunya banyak jenayah seperti kes bunuh, ragut, rompakan, samun dan sebagainya, pembangkang sibuk menyalahkan kerajaan khususnya pihak polis atas kononnya kegagalan mengatasi masalah peningkatan jenayah.

Namun pada masa yang sama mereka turut mendesak agar kebebasan pasukan polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka diperketatkan.

Keadaan ini dilihat menekan pihak polis sehingga timbul persepsi bahawa kedua-kedua belah tangan anggota polis diikat atas desakan pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.

Pembangkang mahu supaya polis duduk diam memerhati sementara jenayah pula berleluasa.

Mereka lebih mementingkan isu hak asasi penjenayah daripada tugasan pihak penguatkuasa undang-undang dan keselamatan awam.

Ini adalah antara faktor utama yang menyebabkan kadar jenayah meningkat bukan kerana pihak polis tidak menjalankan tugas mereka tetapi disebabkan fungsi utama mereka telah dikekang.

PCA adalah usaha pro-aktif kerajaan untuk memperbetulkan kembali keadaan supaya pihak berkuasa mampu menjalankan tugas hakiki mereka mencegah jenayah dengan lebih keyakinan.

PCA akan lebih terbuka dan telus kerana tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Di samping itu di dalam PCA tidak ada peruntukan bagi kuasa menteri.

Ini akan membuktikan bahawa perlaksanaan PCA kelak tidak akan mempunyai sebarang elemen tekanan politik dan pihak menteri berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi mana-mana keputusan pihak polis dalam menguatkuasakan akta tersebut.

Aspek penting ini menunjukkan kerajaan komited membawa perubahan kepada pentadbiran undang-undang bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.

Jadi bantahan pembangkang dengan melemparkan berbagai tuduhan kepada kerajaan mengenai PCA adalah mengejutkan.

Mereka mahu Malaysia menjadi aman dan makumur dengan keselamatan awam terjamin dengan baik tetapi pada masa yang sama mereka menentang apa sahaja usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang selamat.

Ini adalah percanggahan jelas di dalam minda pemimpin pembangkang yang membuktikan mereka lebih mahu bermain politik daripada mengutamakan kebajikan rakyat.
 
Pembangkang lebih rela supaya keselamatan negara tergugat asalkan mereka boleh meraih populariti politik dengan mengeskspolitasi isu-isu keselamatan.

Tidak kedengaran pembangkang memuji tindakan pihak polis ang berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah serta menahan ribuan suspek.

Tetapi apabila pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah pembangkang akan terpekik terlolong mempertahankan hak penjenayah.

Ini berlaku semasa operasi melawan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah di mana pemimpin pembangkang seperti Tian Chua menghina keluarga anggota keselamatan yang digugur di medan pertempuran dengan mnengatakan kematian mereka adalah seperti mati katak.

Pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu untuk menyerang kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dengan dakyah kotor mereka.

Setelah melihat betapa jijiknya sikap pembangkang yang sanggup mengorbankan keselamatan negara demi meraih kuasa politik, kerajaan kini akan  bertindak tegas tidak mengira sama ada pelaku kesalahan adalah penyokong  mahu pun pembangkang.

Masa untuk mengalah dan tunduk kepada tekanan pembangkang sudah berlalu.

Masa untuk mengambil hati pembangkang sudah berakhir kerana rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik murahan mereka.

Kini sudah masa untuk bertindak dengan tegas dan tidak memperdulikan salakan pembangkang walau semana kuat sekali pun.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Salam. aku sokong 110% usaha Krjn BN mengembalikan undang2 pencegahan begini. Syabas kpd DS Najib dan Dato Zahid, Insya Allah moga Malaysia diberkati. Penjenayah dinyah keluar.

    Kpd pencacai PR, usah mengelupor jika tidak ada jahat dlm diri kalian, melainkan mmg sudah ada niat utk buat jahat.

    Sokong PCA 100%

    BalasPadam
  2. Suami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengadopsi pada 15 Mac 2018 di Columbus, GA

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.