Isnin, 14 Oktober 2013

ROS Diminta Siasat Semula Perwakilan Pemilihan DAP

    9:30:00 PTG   No comments

dap-maskot-pig

GEORGE TOWN: Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat status 450 perwakilan dari 120 cawangan baharu yang hadir semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Katanya pemilihan semula CEC pada bulan lepas itu sepatutnya berpandukan kepada senarai perwakilan dan jumlah cawangan yang 'status quo' pada tarikh 15 Disember tahun lepas.

Zulkifli yang juga Ketua Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bayan Baru, mendakwa pemilihan semula CEC pada 29 September lepas merupakan satu sandiwara berbentuk provokasi penipuan yang dirancang.

"Pada pandangan saya dari sudut dalaman, penipuan kali ini lebih halus, licik dan dahsyat berbanding dengan pemilihan CEC pada 15 Disember tahun lalu, katanya.

"Apakah ini bermaksud bahawa satu lagi penyelewengan berulang dengan kehadiran 450 perwakilan haram dari 120 cawangan yang asalnya dari kategori sijil B yang seharusnya menjadi pemerhati dan tidak layak menghantar perwakilan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"CEC juga tidak ada kuasa untuk meluluskan atau menaik taraf cawangan sijil B kepada sijil A pada tahun ini kerana CEC dianggap tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)," kata Zulkifli.

Justeru itu, beliau meminta ROS menyiasat kehadiran dan pengundian yang melibatkan 450 perwakilan dari 120 cawangan baharu yang hadir pada pemilihan semula CEC bulan lepas.

Zulkifli mendakwa undi sebenar yang diterima Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hanya sekitar 900 sahaja berbanding 1,304 undi jika tidak mendapat sokongan daripada 450 perwakilan haram itu.

Beliau juga mencabar Pengerusi Jawatankuasa Displin DAP dan Jawatankuasanya mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Lim atas tindakannya sehingga menyebabkan proses pemilihan semula terpaksa diadakan semula atas arahan ROS.

BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.