Sabtu, 16 November 2013

Nik Ajis Guna Surat Tun M Untuk Halang Perlaksanaan Hudud di Kelantan?

    3:29:00 PTG   2 comments

nik aziz
Wak J: Urmmm...Bersediakah rakyat Kelantan menerima hukuman Hudud tersebut jika kerajaan negeri benar-benar serius ingin melaksanakan hukuman dan undang-undang Islam itu?

Sebelum kerajaan negeri Kelantan membazir wang rakyat dengan peruntukan RM1 juta bagi  menyediakan prasarana untuk perlaksanaan hukuman ini, ada baiknya kerajaan negeri bantu dan ubah dahulu nasib hidup rakyat Kelantan yang kini masih lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan dan sosial yang tak bekesudahan.

Langkah kerajaan negeri Kelantan menyediakan peruntukan untuk melakasanakan hukum Hudud di negeri itu wajar dipuji tapi jangan hangat-hangat tahi ayam seperti sebelum-sebelum ini dan isu Hudud hanya berkumandang bila tiba musim pemilihan parti atau pilihanraya.

Apa yang wak harap selepas ini sekiranya kerajaan negeri Kelantan tak jadi lagi laksana hukum Hudud di negeri itu, tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang menuduh perlembagaan negara dan kerajaan pusat kerana menjadi penghalang.

Kelantan Sedia RM1j Laksanakan Hudud

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menunggu maklum balas beberapa pihak, termasuk pakar perlembagaan, sebelum melaksanakan hukuman itu di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya serius merealisasikan hukuman itu, termasuk memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014, bagi membeli dan menyiapkan prasarana berkaitan pelaksanaan hukuman itu.

Beliau mengakui atas sebab-sebab tertentu, termasuk kekangan Pusat, pihaknya sebelum ini menangguhkan sementara usaha tersebut, namun kini kembali mengerakkan kerja untuk melaksanakannya.

“Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita ‘free gear’ tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat.

“Sebenarnya sebelum pilihan raya umum (lalu), kita telah beberapa kali bincang tetapi tidak dedahkan, untuk tahun depan Menteri Besar telah masuk RM1 juta dalam bajet untuk persiapan prasarana bagi melaksanakan hudud.

"Kita tengok keperluan untuk laksana hudud tetapi nak buat, kena dapatkan pandangan pakar dahulu, termasuk pensyarah universiti dan pengamal undang-undang. Insya-ALLAH mereka akan bagi pendapat dan selepas itu kita akan laksanakan,” katanya pada kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad, yang menyatakan kesediaan pihaknya kuat kuasa hudud selepas bangunan kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung beroperasi.

Semalam, seorang pendakwah dan pensyarah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman menyarankan kerajaan Kelantan menetapkan masa bagi merealisasikan hukuman itu dengan menjadikan Brunei sebagai contoh.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu melaksanakan hukuman itu tergesa-gesa, sebaliknya mengikut kaedah dan tertib bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Berhubung saranan Kelantan mengikuti langkah Brunei, beliau berkata, orang ramai tidak boleh membuat persamaan kerana Kelantan hanya sebuah negeri, sebaliknya Brunei adalah sebuah negara diperintah Sultan yang mempunyai kuasa penuh.

“Kelantan adalah sebahagian Malaysia. Kita terikat dengan undang-udang dan perlembagaan. Brunei adalah negara dan sultan berkuasa mutlak. Kita di Kelantan tidak begitu. Raja ada batas, cuma kita akui tindakan Brunei bagi semangat dan iltizam kepada kita,” katanya.

 Mohd Amar berkata, Kanun Jenayah Kelantan (II) Kelantan yang diluluskan Dun bukan sahaja diambil daripada mazhab Syafie, tetapi diadunkan daripada mazhab lain mengikut kesesuaian.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. mohon pautan ke

    mypoligags.blogspot.com

    untuk pelbagai image dan

    youtube.com/redmediamy

    untuk pelbagai video.

    BalasPadam
  2. ..dah berpuluh tahun mperjuangkan hudud baru skrg terhegeh-hegeh nk buat kajian...gile ke ape.. habis yg slama ini dok melalak tu tak tau apa rupernya...puii..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.