Jumaat, 3 Januari 2014

PAS Percaya Kitab Bible Dan Injil Adalah Sama

    9:48:00 PTG   4 comments

mujahid-yusof-rawa-with-bishop-sebastian

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid Yusof yang menentang rampasan Bible di premis The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya, memperlihatkan secara jelas kepada kita tentang kerosakan akidah yang dijelmakan menerusi kopiah, janggut, topeng Islam, serta raut wajah dan batang tubuh orang yang mengaku beragama Islam.

Ini sekaligus membenarkan kenyataan Rasulullah s.a.w lebih seribu tahun lampau.

(Maksud hadis)

“Telah diceritakan kepada kami oleh Ismail bin Abu Uwais berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya, dari Abdullah bin Amru bin Al-Asy meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada hamba-Nya tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama sehingga bila sudah tidak bersisa ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” Berkata Al-Firabri, telah menceritakan kepada kami Abbas berkata, telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hisyam seperti ini juga. “ (Sahih Bukhari)

Antara lima Rukun Iman ialah mempercayai kitab-kitab Allah. Kitab-kitab Allah Taala itu yang diutuskan kepada para Rasul itu terdiri daripada Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Bagaimanapun, sejarah telah membuktikan Zabur, Taurat dan Injil telah ‘diangkat’ oleh Allah Taala untuk digantikan dengan al Quran menerusi pelbagai peristiwa termasuklah serangan oleh tentera-tentera Babylon ke atas Baitul Muqaddis pada tahun 568 Masehi di bawah kepimpinan Nebukhadniza.

Injil sebenarnya tidak pernah ditulis. Ramai terutama sekali kaum pendakyah cuba menjadikan kitab Gospel sebagai Injil bagi tujuan pengeliruan. Walaupun Gospel dan Injil berkongsi maksud iaitu ‘Berita Baik’, tetapi konsep Gospel dan Injil sama sekali berbeza. Gospel atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Bible, menekakan tentang konsep penyelamatan (salvation), aitu kepercayaan bahawa Jesus Christ, selepas disalib menjadi pengampun kepada dosa warisan dan penyelamat bagi mereka yang mempercayainya.

Sedangkan Injil pula tidak mengandungi semua perkara tersebut, sebaliknya membawa ajaran tauhid.

Boleh jadi, pemimpin PAS seperti Muhajid Yusof tidak tahu bahawa Injil tidak pernah dicatatkan dalam bentuk tulisan sebaliknya hanya dalam bentuk SAYING GOSPEL. Saying Gospel pula telah hilang dari pegangan umat Nasrani menjelang akhir kurun pertama selepas peninggalan Nabi Isa a.s dan digantikan pula oleh Narrative Gospel iaitu Gospel yang ditulis oleh pihak-pihak tertentu yang membawa ajaran akidah triniti dengan menyandarkan kepada riwayat hidup Nabi Isa a.s sedangkan ajaran dari Narrative Gospel ini tidak langsung berkaitan dengan Nabi Isa a.s.

Semua Gospel yang terdapat dalam Perjanjian Baru seperti yang ditulis atas nama Matthew, Lucas, Mark dan John adalah dikategorikan sebagai Narrative Gospel dan ia berbeza daripada Sayings Gospel yang ditulis oleh pengikut-pengikut Nabi Isa a.s sepeninggalannya pada awal kurun pertama selepas Masihi. Sayings Gospel hanya mengandungi kata-kata hikmah daripada ajaran Nabi Isa a.s , manakala Narrative Gospel pula tertmpu kepada riwayat hidup dan pendewaan peribadi Nabi Isa a.s sebagai Christ.

Kenyataan Burton L.Mack (1993) menerusi bukunya The Lost Gospel (The Book of Q and Christian Origin) yang diterbitkan oleh Queensland: Element Shaftersburg, Dorset Rockport, Massachsetts, Brisbane, menjelaskan perkara berkenaan.

Cubaan menyamakan Bible atau Gospel dengan Injil secara jelas merupakan cubaan untuk mengiktiraf Konsep Triniti yang menyengutukan Allah Taala dengan sebarang cara. Barangkali Mujahid Yusof amat sedar dengan perkara ini dan perbuatannya dilakukan dalam usaha untuk membolehkan pemurtadan dilakukan secara lebih halus dan ‘sopan’.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. ilmu itu tidak boleh diwarisi. Walaupun bapak dia berilmu tidak semestinya Mujahid ni pun berilmu juga kalau dia tidak menuntut. ilmu hitam je yang boleh diturunkan kepada anak terus melalui mimpi je.

    BalasPadam
  2. Kenapa sebuk nak guna Bahasa Melayu dalam agama Christian. Dalam urusan lain mereka membantah menggunakan Bahasa Kebangsaan. Tengok di Selangor dan Penang:- Poster, Banner, Bunting atau nama Taman Perumahan ... penggunaan Bahasa Inggeris dan Cina begitu ketara sekali. Malah orang cina Malaysia (mereka retain perkataan CINA bukan Malaysian) bila diinteview di TV dengan Bahasa Malaysia mereka akan jawab dengan Bahasa Inggeris (Singelish). sungguh biadap dan sombong.

    BalasPadam
  3. Mula-mula tulis dalam bahasa rumi dengan kalimah Allah SWT digunakan, lepas ni dalam tulisan jawi pulak dan disebarkan ke sekolah2 pondok... Apa kata mujahid @ mu-jahil..?

    BalasPadam
  4. Aku bukan kalbun4 Januari 2014 12:57 PTG

    Walua syikna larafa'nahu biha, walakin akhlada ilalardh wattaba'a hawahu.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.