Wak J: Tajuk berita yang ditulis oleh Astro Awani dalam web portal miliknya telah mengundang banyak komentar negatif di laman sosial terhadap Tun Mahathir dalam isu Hudud. Wak dapati tajuk utama berita yang ditulis itu seperti disenghajakan bertujuan untuk menimbulkan salah faham dan mahu memburuk-burukkan nama Tun m.
Jika dibaca dan diteliti seluruh isi kandungan berita yang ditulis, dengan jelas dan mudah difahami, Tun M secara konsisten sejak dari dulu lagi menolak hukum Hudud yang mahu dilaksana PAS kerana hukum tersebut tiada unsur keadilan seperti yang disyariatkan Islam dan hukum hudud PAS itu juga hanya tertakhluk kepada orang Islam sahaja sedangkan persamaan antara orang Islam dan Kafir ialah berkongsi PENCIPTA yang sama.
Kalau ye pun Astro Awani mahu menarik orang datang membaca artikel yang ditulis dalam portal beritanya, tidak perlu memasukkan unsur provokasi walau hanya sekadar tajuk untuk dijadikan bahan pelaris berita. Lain lah kalau portal berita Astro Awani ini adalah sebuah blog picisan yang dimiliki oleh blogger jalanan yang tidak bertuan ataupun portal berita pro Pembangkang yang dipenuhi dengan fitnah dan tohmah.
KUALA LUMPUR: Walaupun didesak supaya menarik balik
kenyataan dan bertaubat, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
tetap teguh dengan pendirianya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan
Enakmen Kanun jenayah Syariah II di negeri Kelantan.
“Pendirian saya dari dahulu sehingga sekarang tidak berubah. Hudud ini adalah sebahagian dari syariah Islam dan ianya memang baik tetapi bolehkah orang Islam melaksanakan hukum hudud mengikut kehendak agama,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini.
Tambahnya lagi, beliau sememangnya tidak percaya hasrat pihak yang hendak melaksanakan hukum hudud itu kerana ianya tidak mengutamakan keadilan seperti yang dikehendaki oleh hukum hudud Islam tetapi perlaksanaannya lebih menjurus kepada hukum hudud pihak tersebut.
“Dalam Al-Quran ada 43 ayat yang menyebut tentang keadilan tetapi apa yang ditumpukan kini bukanlah keadilan hukum sebaliknya ianya lebih ditumpukan kepada cara bicara seperti mesti mempunyai empat orang saksi dan hukum yang akan diberikan itu mestilah berat,”.
“Meskipun dikatakan bahawa orang Islam itu bersaudara, ada juga orang Islam yang selalu mencabul dan mengetepikan ajaran agama Islam seperti membunuh dan perkara-perkara lain yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.”
Beliau berkata dalam Islam bukanlah hukuman berat yang menjadi perkara utamanya tetapi keadilan yang harus dijulang dan diutamakan.
“Kalau hendak potong tangan orang pun mestilah adil kerana di negara kita ini ada kaum Cina, India, Melayu, Islam dan bukan Islam. Jika semua orang Islam yang buat salah kena potong tangan sampai kudung tetapi orang bukan Islam sahaja yang masih mempunyai tangan, bagaimana pulak itu?,” tegas Tun Dr Mahathir lagi.
Tun Dr Mahathir ditemui selepas merasmikan buku ‘Saya, SPR dan Pilihan Raya’ tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Selasa lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meminta bekas Perdana Menteri itu supaya menarik balik kenyataanya dan bertaubat kerana dikatakan mengkriti
Ini berikutan gesaan Tun Dr Mahathir supaya kerajaan negeri Kelantan mengkaji semula hasrat negeri itu untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah hudud dan qisas.

Sumber: Astro Awani
Awani mmg pro PKR
BalasPadamPas kelantan bercadang tengah meeting dengan dap.orang islam potong tangan tidak dibenarkan sambung kembali, orang bukan muslim dibenarkan.daalam perubatan moden sambung sambung ni pekara biasa ,pernah dengar pemindahan hati.
BalasPadam