AIR BERSIH merupakan keperluan terpenting dalam kehidupan manusia. Ada orang kata, biar hidup bergelap tanpa bekalan elektrik daripada hidup sengsara tanpa air bersih.
Hampir tiga bulan rakyat Selangor hidup tanpa bekalan air bersih yang mencukupi. Semua ini terjadi disebabkan oleh kegagalan Menteri Besar mengurus isu air dengan cekap walau peringatan telah diberi tahu dan kajian tentang masalah ini telah dibuat bertahun-tahun lamanya.
Sehingga hari ini rakyat Selangor masih lagi berdepan dengan catuan bekalan air. Masalah yang sama juga dihadapi pihak industri yang menggunakan air untuk menjalankan operasi kilang mereka.

Semenjak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, tidak ada satu pun tindakan fizikal yang diambil untuk menyelesaikan masalah air ini. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja kerajaan negeri baru hendak bertindak dengan menyedut air dari bekas lombong tinggal sebagai plan sokongan sebelum berdepan krisis air paling besar yang dijangka berlaku dalam tempoh masa dua atau tiga bulan lagi.
Masalah catuan bekalan air yang berpanjangan ini sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun kerana negeri Selangor merupakan negeri yang paling maju dalam Malaysia. Sepatutnya kerajaan negeri perlu peka dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan masalah ini dengan membuat perancangan rapi sebelum ia berlaku.
Seperti mana pentingnya air pada kehidupan kita, maka masalah catuan bekalan air yang berlaku sekarang di Selangor, merupakan kegagalan paling besar Khalid Ibrahim dalam rekodnya mentadbir kerajaan negeri. Oleh itu, MB Selangor wajar meletak jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Perdana Menteri Korea Selatan kerana gagal membendung dan bertidak dengan betul dan pantas dalam menyelesaikan kemelut isu air yang tidak berkesudahan ini.
Feri karam: PM Korea Selatan letak jawatan
SEOUL - KOREA SELATAN. Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won sebentar tadi mengumumkan meletakkan jawatan ekoran tragedi feri penumpang karam yang kini lebih 300 orang maut atau masih hilang.
“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian ini daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.
“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya.
Kerajaan Korea Selatan dikecam hebat berhubung tragedi itu termasuk cara menanganinya.
“Saya sebenarnya mahu meletakkan jawatan awal lagi tetapi perlu menangani tragedi itu terlebih dahulu dan saya rasa perlu menjalankan tugas itu sebelum berundur.
“Tapi saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sekarang kerana tidak mahu lagi menjadi bebanan kepada pentadbiran kerajaan," katanya
Dalam insiden berkenaan, Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang - kebanyakan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.
Menurut seorang penumpang, mereka mendengar satu bunyi yang kuat sebelum feri itu terhenti, lapor AFP

Setuju..saya rasa PM najib pun kena ikut jejak PM korea ni..
BalasPadamSetuju..saya rasa menteri besar selangor pun kena ikut jejak PM korea ni..kerena catuaan air
BalasPadam